Catatan

Channel Telegram perkongsian berkaitan Muamalat Islam

Imej
Baru-baru ini saya tubuhkan satu channel Telegram khusus bagi membincangkan tentang konsep, prinsip dan praktis muamalat Islam. Tujuan channel ini ditubuhkan, antaranya: Mempromosikan muamalat berasaskan Islam kepada golongan awam yang masih keliru dengan fiqh muamalat. Menjawab kemusykilan yang wujud di kalangan golongan awam tentang muamalat Islam. Memberi nilai tambah kepada diri  saya sendiri. Niat saya perkongsian saya di Channel itu nanti boleh membantu mereka memahami muamalat Islam khususnya dalam industri perbankan Islam yang sedikit kompleks. Memang saya akui dunia perbankan Islam ini terlalu banyak kontroversi dan pertikaian. Tapi saya sendiri secara peribadi menganggap kewujudan bank-bank Islam ini tetap merupakan satu jihad bagi menawarkan pembiayaan selari dengan aturan Islam. Kaedah Fiqh yang saya sentiasa pegang dalam hal ini adalah: ما لا يدرك كله لا يترك كله Apa yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua. dan الحاجة العامة تنزل...

Cara Cepat Siapkan Tugasan Pejabat (Dokumen)

Imej
Mahasiswa memang tak boleh berpisah daripada tugasan assignment. Manakala bagi student tahun akhir, thesis adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dielakkan (kecuali bagi beberapa kos). Tidak dinafikan, wujud (bahkan ramai) mahasiswa yang buat kerja assignment hanya dengan salin daripada laman web, tanpa difahami apa yang ditampal dalam assignment. Ingatlah sahabat-sahabat bahawa kelakuan itu adalah terkeji. Walaubagaimana hebat dan kerap sekali pun seseorang mahasiswa itu copy and paste, masih ramai yang tidak pandai menggunakan teknik yang cepat yang dicipta oleh pencipta komputer iaitu teknik shortcut.:D Saya kongsikan di sini bukan untuk menggalakkan anda plagiat dalam menyiapkan assignment, tetapi supaya anda boleh manfaatkan kemahiran ini kelak. Ingat, kemahiran literasi komputer merupakan kemahiran yang diperlukan oleh majikan zaman sekarang! Antara shortcut yang biasa dan wajib dihafal: Ctrl + A = Select All Ctrl + B = Bold (tulisan tebal ) Ctrl...

Manfaatkan Telefon Android anda untuk menguasai Ilmu Faraidh

Imej
Ilmu Faraidh merupakan antara ilmu yang paling awal akan dilupakan, bukan sahaja oleh orang awam bahkan oleh penuntut ilmu agama sekalipun. Ilmu ini jika dikuasai, sebenarnya sangat banyak manfaat. Di sini, saya ingin berkongsi satu aplikasi bagi memudahkan sesiapa yang ingin menguasai ilmu ini dengan menggunakan telefon pintar berplatform Android. Nama aplikasi itu adalah Fiqh Mawarith. Pengguna boleh memuat turun di pautan ini ------> Fiqh Mawarith Aplikasi ini dibangunkan oleh My Interact Apps

4 Tips Menaikkan Rating Website Anda

Imej
Google! Kini Google umpama satu perpustakaan. Boleh dikatakan setiap orang yang mahu mencari apa-apa info ataupun maklumat akan bukak browser dan taip GOOGLE.COM! Sebagai seorang pemilik website, anda pastinya mahukan website anda terpapar di atas sekali dalam hasil carian Google. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menaikkan website anda: 1. Lakukan Search Engine Optimization Search Engine Optimization adalah satu teknik mengolah website supaya lebih mesra googlebot. Googlebot adalah satu robot yang direka oleh Google untuk crawl (merayap) di website-website. Googlebot ini bijak tetapi tidak cukup bijak. Website developer perlu melakukan beberapa perkara untuk membantu googlebot merayap di websitenya, supaya info yang penting tidak terlepas pandang. Jika anda tidak mampu untuk laksanakan SEO ini, anda boleh sahaja gunakan khidmat pakar. Saya cadangkan anda gunakan khidmat Asrar Art Studio , antara pembangun website yang terpercaya...hihi. 2. Tinggalkan l...

Mengislah Ekonomi Dengan Ilmu Kepenggunaan

Imej
Malaysia kini dilanda krisis ekonomi dalaman yang teruk. Rata-rata rakyat merasa tertekan dengan desakan kewangan yang makin lama makin meninggi saban hari. Tidak hanya di bandar, tekanan ini turut dirasakan oleh mereka yang tinggal di kampung - tetapi pastinya orang bandar adalah golongan paling terkesan. Bagi golongan berpendapatan sederhana, kos sara hidup yang makin tinggi ini mendorong untuk mereka melakukan lebih banyak kerja sambilan. Hampir semua barang dan perkhidmatan keperluan naik harga. Ramai orang berpandangan bahawa tidak ada jalan lain bagi mengatasi masalah ini melainkan dengan menukar kerajaan sedia ada. Saya secara peribadi bersetuju bahawa kerajaan perlu ditukar untuk mengatasi masalah ini. Namun, dengan melihat kepada situasi politik semasa yang tidak berapa meyakinkan, parti pembangkang belum mampu memberi satu bayangan solusi alternatif bagi kerajaan hari ini. Hakikatnya, di sana wujud strategi lain bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkhi...

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

Imej
Peratusan pelanggan bank-bank Islam yang tidak beragama Islam (non-Muslim) adalah mengatasi pelanggan Islam di Malaysia. Fakta ini tidak hanya rumors, sebaliknya merupakan fakta rasmi yang dikeluarkan oleh ramai penganalisis. Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya dalam Forum Ekonomi Islam ke-11 berkata bahawa lebih ramai non-Muslim berbanding Muslim di Malaysia yang menjadi pelanggan kepada perbankan Islam, menjadi bukti bahawa ianya semakin diterima dan disokong secara global.  WIEF menjadi platform menghimpunkan negara-negara Islam bagi membincangkan isu-isu ekonomi. Tidakkah kita pelik mengapa non-Muslim semakin menerima kewangan dan ekonomi Islam? Kewangan Islam mula menerima sambutan daripada non-Muslim secara drastik di peringkat global ketika berlakunya krisis kewangan global 2008. Krisis kewangan yang berlaku ketika itu yang banyak mempengaruhi sektor pasaran bon dan perbankan memaksa para pelabur untuk mencari satu bentuk ...

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Imej
Ulamak sejak zaman-berzaman telah lama memperjuangkan penentangan terhadap konsep sekularism. Barah sekularism yang menular dalam minda umat Islam ini telah ditanam oleh para penjajah, tidak kira penjajah Inggeris, Perancis mahupun lain-lain. Di Tanah Melayu, sekularism mula bertapak apabila Perjanjian Pangkor termeterai. Perjanjian ini menetapkan bahawa urusan negeri diserahkan kepada 'penasihat British', manakala kuasa Sultan terhad pada urusan agama Islam dan adat resam Melayu sahaja. Di satu sudut, kita nampak bahawa penjajah ini bermurah hati kerana membantu rakyat membentuk pentadbiran yang efisien tanpa mereka campur tangan dalam urusan agama kita. Tetapi dari sudut yang lain, perjanjian ini menatijahkan Islam dipinggirkan dalam proses membangunkan tamadun Melayu. Usaha menentang sekularism ini dijalankan oleh para pejuang yang turut disertai bahkan kadang-kadang dipimpin oleh ulamak Islam seperti Dato' Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahm...

Fungsi Kalkulator Biasa Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej
Sejak GST dilaksanakan, saya rasa ramai orang sudah mulakan langkah penjimatan. Kalau anda tidak mula berjimat, maknanya anda memang kebal dengan GST. Saya dan isteri pun sama sudah mulakan langkah penjimatan. Antara langkah yang kami ambil mula-mula adalah beli kalkulator. Kalkulator yang saya beli tak mahal mana pun, hanyalah bernilai RM4.50 beli dari Mydin. Cukuplah untuk fungsi asas untuk membantu saya dan isteri membeli dengan lebih berhemah. Waktu saya demo penggunaan kalkulator pada isteri saya, isteri saya tak tahu beberapa teknik penggunaan kalkulator ini yang sangat mudah dan membantu membuat perkiraan untuk membeli-belah. Saya ini pun tahu sebab dahulu berpengalaman membantu abah saya meniaga jual ikan dan sayur pagi-pagi. Asas kalkulator ini memang biasanya dikuasai oleh para peniaga. Ok, sekarang saya nak kongsikan beberapa teknik penggunaan kalkulator yang tak ramai orang tahu/ tak manfaatkan. 1.        Kalkulator asas biasanya dil...

Kewangan Islam: Sensitiviti Umat Islam di Tahap Mana?

Imej
Kekeliruan masharakat terhadap industri kewangan dan perbankan Islam tidak hanya melanda golongan bukan Islam, sebaliknya turut melanda umat Islam. Tidak hanya orang-orang kampung, bahkan golongan terpelajar, golongan elit, pemegang PhD dan master, mahupun profesor di Universiti turut menghadapi masalah yang sama iaitu gagal memahami kewangan Islam dengan baik. Persoalan atau isu terbesar yang wujud adalah dakwaan mereka bahawa perbankan Islam adalah sama dengan perbankan konvensional. Dakwaan ini turut ditambah dengan tuduhan bahawa bank-bank Islam tidak melakukan apa-apa perubahan dari bank konvensional melainkan menjenamakan produk bank dengan nama-nama yang lebih berbunyi Arab. Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal memahami keperluan kewujudan bank-bank Islam dalam sistem ekonomi negara. Penubuhan bank bagi mereka adalah haram dan tidak syarie, jadi pergilah pada mana-mana bank sekali pun tetap sama dan tiada beza. Kesannya, mereka memilih untuk ke bank ko...

Perjalanan Menuju Impian - Jutawan Internet in making

Imej
Alhamdulillah bisnes makin maju. Hehe. Bisnes apa tu? Tiba-tiba terjebak pula dalam bisnes internet. Tak pernah-pernah pasang impian untuk jadi seorang web developer. Sekarang dah ada beberapa syarikat minta buatkan laman web untuk syarikat mereka. Almaklumlah di zaman yang serba canggih ini, mana-mana bisnes yang tidak ada laman web sendiri, mereka sudah hilang 70% daripada prospek mereka. Apa tidaknya. Kalau tanpa internet, prospek pelanggan mereka hanyalah dalam lingkungan kejiranan dan penempatan mereka sahaja. Tetapi dengan internet, mereka boleh melebarkan sayap mereka ke seluruh dunia. Macamana boleh tiba-tiba terlibat dengan bisnes bina laman web ni? Semuanya bermula dengan kursus ko-kurikulum Pembangunan Laman Maya yang saya masuk sewaktu di Tahun 1 USIM. Dari situ tercetus minat. Tapi hanya minat-minat sahaja. Saya ni memang suka explore benda-benda yang baru. Tapi kemudian cepat jugalah hilang minatnya. Actually, sikap begini tak bagus. Betul kita akan cep...

Tukar Tayar Baru MyVi SXi

Imej
Fuhh, tayar sudah mahu kena tukar. Tayar belakang sudah kembang-kembang bengkak-bengkak. Bahana hari-hari jalan ikut jalan lori, tayar keretaku mahu ditukar. Kena tukar juga kalau tak malang yang menimpa. Ingat! Malang tak berbau. Ada sejenis malang sahaja yang berbau iaitu...?? Hehe. Ok, kali ni tukar tayar depan sahaja sebab tayar belakang masih boleh guna, walaupun hakikatnya teruk juga. Tapi dah kekeringan wang, apa boleh buat. Sebelum pergi tukar tayar, Google dulu kedai mana ok dan dapat review yang meyakinkan. Jadi selepas operasi Google, maka terpilihlah "Kedai Tayar Temin" di Temin, Jerantut Pahang. Kedai ini diusahakan oleh seorang lelaki Bumiputera. Bukan tak mahu ke kedai Cina, tapi orang kata: Kalau nak servis murah, pergi kedai melayu. Kalau nak barang murah, pergi kedai Cina. Ok, nampak tak hak keadilan samarata kat situ? Hehe. Saya ambil tayar saiz 14 jenama  sebab itu yang sesuai dan biasa untuk Perodua MyVi. Percuma kepala tiub. Berapa ...

Pengenalan Bay' Al-'Inah

Imej
Kontrak Yang Digunakan Antara kontrak-kontrak asas yang digunakan dalam bay' al-'inah adalah: Bay' Al-Wadi'ah Al-Bay' bi Thamanin Ajil / Deferred payment sale Al-Wa'd / Promise Proses Proses bagi menjalankan bay' al-'inah sangat mudah difahami. Berikut adalah contoh pelaksanaan bay' al-'inah: Pelanggan memohon kepada bank untuk membeli satu barang dan berjanji akan menjualnya kembali. (Proses permohonan) Bank menjual satu komoditi kepada Pelanggan A dengan harga RM10 ribu secara ansuran. (Kontrak 1) Selepas beberapa ketika (boleh jadi beberapa saat), pelanggan menjual balik komiditi tadi kepada bank dengan harga yang lebih murah (bay' al-wadi'ah) e.g. RM8 ribu secara tunai kepada bank. (Kontrak 2) Pelanggan membayar hutang kepada bank secara ansuran bulanan. (Proses pembayaran) Kesannya: Pelanggan berhutang kepada bank sebanyak RM10 ribu hasil jualan komoditi daripada bank kepada Pelanggan (Kontrak 1). Pelangga...

Kontrak-kontrak yang Terpakai Dalam Produk Kewangan Konvensional dan Islam

Imej
Pelbagai produk kewangan Islam telah wujud sekarang ini. Hampir kesemua produk yang wujud itu menyerupai produk kewangan konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari segi struktur dan kesan-kesannya. Perbezaan itu wujud kerana kontrak-kontrak yang terpakai adalah berbeza antara produk Islamik dan produk konvensional. Produk Kewangan Konvensional Dalam produk kewangan konvensional, kontrak yang terpakai adalah pinjaman ( loan ) . Prosesnya adalah bank memberi pinjam wang kepada peminjam (pelanggan), lalu peminjam perlu membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan ( monthly installment ) dengan jumlah pinjaman asal berserta faedah ( interest). Allah memusuhi pengamal riba samada pemberi dan penerima. Riba menyebabkan penghambaan. Para ahli falsafah Yunani telah lama menolak riba. Menurut Islam (bahkan menurut ajaran agama samawi  yang lain i.e. Yahudi dan Kristian), faedah (bayaran lebih) yang dikenakan ke atas pinjaman adalah s...

Khidmat Mengajar Alquran dan/atau Bahasa Arab di Jerantut

Imej
Saya merupakan lepasan diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2009-2012) dan pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Universiti Sains Islam Malaysia (2012-sekarang). Saya sedang dalam cuti semester (Julai-Ogos). Saya menawarkan perkhidmatan mengajar al-Quran dan/atau Bahasa Arab bagi sesiapa yang berminat. AL-QURAN: - Iqra' - Tajwid - Tilawah - Hafazan BAHASA ARAB: - Nahwu - Sorof - Balaghah - PMR/SPM/STAM/dan lain-lain. Saya menetap di FELDA Kota Gelanggi 1 (rumah mertua) / di Jengka 17 (rumah mak abah kandung). Saya sedia untuk mengajar di kawasan berhampiran. Bayaran boleh dirunding (selepas diambil kira kos). Insya-Allah kita sama-sama beroleh manfaat. Sesiapa berminat boleh hubungi saya di no 0145102864 (SMS/Whatsapp). Terima kasih.

Khabarkan Padaku Tentang Islam

Khabarkan padaku, Bagaimana menjadi muslim tanpa solat? Bagaimana menjadi muslim tanpa puasa, haji dan zakat? Bagaimana menjadi hamba Allah TANPA TAAT? Penyerahan diri ini, Menuntut seribu kewajipan, Yang tak akan mampu ditunai, Kecuali dengan penuh keikhlasan. Ikhlas menjadi muslim. Bukan kerana warisan ibu ayah, Bukan jua kerana diikat adat masyarakat, Bukan kerana apa-apa, Tetapi kerana pasak kefahaman yang kukuh. Yang tak mudah runtuh, tetap kukuh dalam tubuh. Islam itu haq! Islam itu benar! Nyatakan kebenaran mu itu. Syahadah itulah kesaksianmu, bahawa... La ilaha illa allah! muhammadur rasulullah! Tiada tuhan yang PATUT DISEMBAH melainkan Allah, dan nabi muhammad itu utusan Allah. Kesaksianmu itu manifestasi keyakinan, keyakinan yang tidak ada ragu padanya, walau sekelumit atau lebih kecil daripada itu. Barulah absah di sisi Tuhan kesaksianmu itu. Jika tidak, Khabarkan padaku, Apalah erti islammu itu. Ashraf Misran 26.12.2013, Jengka.

Aris Ariwatan - Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu Kau tempat ku berpayung Di manakah lagi dapat ku rebahkan Rasa gundah ini Nun Kau teguh di sana Pengasih dan penyayang Pun ku masih terleka Meneguk ihsanMu Walau ku sedari Oh... nyamannya Bila diperlukan rinduMu Mengimbaulah sentosa Bentangkan ku permaidani Dari baldu berwarna putih Moga tak ku terasakan Cubaan yang ku galas ini Kepada Mu titianku Hijrahkanlah diri ini ––––––––––––––––––––––––– Entahlah apa yang aku rasa malam ni. Selepas balik dari Kuliah maghrib di Masjid Lama Rantau Perintis, aku rasa banyaknya dosa yang aku buat. Sampai di rumah, aku belek satu buku berkaitan ekonomi Islam. Tiada mood. Mungkin hati aku memberontak minta diisi. Sudah lama aku tak isi hati aku dengan peringatan-peringatan. Aku lebih suka memberi makan pada aqal dan minda, hinggakan jiwa tak terisi. Aku sedar hati aku terasa kosong. Tapi entah kenapa macam tiada usaha untuk aku imbangi antara makanan akal dan makanan rohani. Malam ni, aku pasang lagu-lagu yang ada dalam iPad a...

Kad SPMM: Potongan Harga Barangan Optometrik

Imej
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Kad Sahabat SPMM. Kad ini mempunyai pelbagai faedah antaranya potongan harga bagi barangan terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sebagai Sahabat SPMM dan dapatkan Kad Sahabat dengan harga RM3.  Jumpa di booth SPMM pada C-fest esok.

KJ Method: Teknik Penulisan Moden

Imej
Antara perkara yg membantutkan niat seseorang untuk menulis adalah tidak tahu mahu memulakan muqaddimah atau pendahuluan itu. Ideanya sudah ada tetapi untuk membangkitkan isu itu menjadi satu cabaran yang besar untuk penulis. Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan bersama bekas YDP MPP USIM, ustaz Hariri bin Daud. Ustaz Hariri selalu menulis dan tulisannya selalu sahaja dipaparkan di surat khabar. Kagum dengan kemampuan ustaz Hariri, tetapi yg lebih menjadi perhatian adalah bagaimana ustaz Hariri boleh segagah itu untuk menulis dan terus menulis, sedangkan kami masih kebuntuan mencari ayat pendahuluan yang terbaik setiap kali mahu mula menulis. Untuk menulis, keazaman yang jitu perlu wujud. Tidak cukup sekadar hangat-hangat tahi ayam. Momentum perlu dibina agar kita tidak terhenti setakat satu dan dua tulisan. Penulis juga perlu mempunyai teknik agar idea yang ingin disampaikan jelas difahami oleh pembaca. Tidak merelet-relet lari daripada tajuk. Memperkenalkan KJ Meth...

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Fatwa dan Qadha')

KEDUA: FATWA DAN QADHA' Pengertian Fatwa: Bahasa: diambil dari kata bahasa arab fata dan fatawa , dan ianya bermaksud menjelaskan , cth: dia memfatwakan sesuatu bermaksud dia menjelaskan sesuatu . Al-futiya  dan al-fatwa  pula adalah apa yang dijelaskan oleh muft i, atau jawapan bagi permasalah hukum yang dimusykilkan . Istilah: apa yang dijelaskan oleh faqih (orang yang 'alim dalam fiqh) daripada hukum-hukum dan masalah-masalah yang ditanyakan,  atau boleh juga dimaksudkan dengan hukum syara' yang diterangkan oleh faqih yang layak untuk menerangkan, untuk sesiapa yang bertanya, BUKAN dalam bentuk satu kemestian . Pengertian Qadha' Bahasa: hukum atau tuntutan , contoh: dia menqadha'kan bermaksud dia berhukum/dia menetapkan . Istilah: peleraian sesuatu pergaduhan atau pemutusan sesuatu perebutan   dalam bentuk yang khas (kes) . Perbezaan antara Fatwa dan Qadha' Qadha' itu serupa dengan fatwa, di mana keduanya adalah 'menerangkan atau menzahirka...

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Imej
PERTAMA: SYARIAH DAN FIQH Pengertian Syariah: Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada  bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW). Pengertian Fiqh: Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci. Keistimewaan Syariah Islamiah: Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya: Dari Allah Prinsip-prinsipnya dan hukum-hukumnya sunyi (terpelihara) dari kecacatan, kekurangan dan pengaruh hawa nafsu. Syariat hadir dengan prinsip kesamaan antara semua manusia (tidak ada sesiapa di atas syariat). Hukum-hukumnya memiliki haibah (kehebatan) dan ihtiram (kemuliaan) dalam jiwa setiap yang beriman dengan syariat Allah. Balasan (pelanggaran) syariat bersifat duniawi dan ukhrawi Bala...