Catatan

Channel Telegram perkongsian berkaitan Muamalat Islam

Imej
Baru-baru ini saya tubuhkan satu channel Telegram khusus bagi membincangkan tentang konsep, prinsip dan praktis muamalat Islam.




Tujuan channel ini ditubuhkan, antaranya:

Mempromosikan muamalat berasaskan Islam kepada golongan awam yang masih keliru dengan fiqh muamalat.Menjawab kemusykilan yang wujud di kalangan golongan awam tentang muamalat Islam.Memberi nilai tambah kepada diri  saya sendiri. Niat saya perkongsian saya di Channel itu nanti boleh membantu mereka memahami muamalat Islam khususnya dalam industri perbankan Islam yang sedikit kompleks.
Memang saya akui dunia perbankan Islam ini terlalu banyak kontroversi dan pertikaian. Tapi saya sendiri secara peribadi menganggap kewujudan bank-bank Islam ini tetap merupakan satu jihad bagi menawarkan pembiayaan selari dengan aturan Islam.
Kaedah Fiqh yang saya sentiasa pegang dalam hal ini adalah: ما لا يدرك كله لا يترك كله Apa yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua. dan
الحاجة العامة تنزل منزلة الضرورة Hajat yang besar (d…

Cara Cepat Siapkan Tugasan Pejabat (Dokumen)

Imej
Mahasiswa memang tak boleh berpisah daripada tugasan assignment. Manakala bagi student tahun akhir, thesis adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dielakkan (kecuali bagi beberapa kos).

Tidak dinafikan, wujud (bahkan ramai) mahasiswa yang buat kerja assignment hanya dengan salin daripada laman web, tanpa difahami apa yang ditampal dalam assignment. Ingatlah sahabat-sahabat bahawa kelakuan itu adalah terkeji.

Walaubagaimana hebat dan kerap sekali pun seseorang mahasiswa itu copy and paste, masih ramai yang tidak pandai menggunakan teknik yang cepat yang dicipta oleh pencipta komputer iaitu teknik shortcut.:D



Saya kongsikan di sini bukan untuk menggalakkan anda plagiat dalam menyiapkan assignment, tetapi supaya anda boleh manfaatkan kemahiran ini kelak. Ingat, kemahiran literasi komputer merupakan kemahiran yang diperlukan oleh majikan zaman sekarang!

Antara shortcut yang biasa dan wajib dihafal:

Ctrl + A = Select AllCtrl + B = Bold (tulisan tebal)Ctrl + C = Copy (salin)Ctrl + E =…

Manfaatkan Telefon Android anda untuk menguasai Ilmu Faraidh

Imej
Ilmu Faraidh merupakan antara ilmu yang paling awal akan dilupakan, bukan sahaja oleh orang awam bahkan oleh penuntut ilmu agama sekalipun.

Ilmu ini jika dikuasai, sebenarnya sangat banyak manfaat.

Di sini, saya ingin berkongsi satu aplikasi bagi memudahkan sesiapa yang ingin menguasai ilmu ini dengan menggunakan telefon pintar berplatform Android.

Nama aplikasi itu adalah Fiqh Mawarith.

Pengguna boleh memuat turun di pautan ini ------> Fiqh Mawarith


4 Tips Menaikkan Rating Website Anda

Imej
Google!

Kini Google umpama satu perpustakaan. Boleh dikatakan setiap orang yang mahu mencari apa-apa info ataupun maklumat akan bukak browser dan taip GOOGLE.COM!

Sebagai seorang pemilik website, anda pastinya mahukan website anda terpapar di atas sekali dalam hasil carian Google. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menaikkan website anda:

1. Lakukan Search Engine OptimizationSearch Engine Optimization adalah satu teknik mengolah website supaya lebih mesra googlebot. Googlebot adalah satu robot yang direka oleh Google untuk crawl (merayap) di website-website. Googlebot ini bijak tetapi tidak cukup bijak. Website developer perlu melakukan beberapa perkara untuk membantu googlebot merayap di websitenya, supaya info yang penting tidak terlepas pandang.Jika anda tidak mampu untuk laksanakan SEO ini, anda boleh sahaja gunakan khidmat pakar. Saya cadangkan anda gunakan khidmat Asrar Art Studio, antara pembangun website yang terpercaya...hihi.

2. Tinggalkan link di website-websit…

Mengislah Ekonomi Dengan Ilmu Kepenggunaan

Imej
Malaysia kini dilanda krisis ekonomi dalaman yang teruk. Rata-rata rakyat merasa tertekan dengan desakan kewangan yang makin lama makin meninggi saban hari. Tidak hanya di bandar, tekanan ini turut dirasakan oleh mereka yang tinggal di kampung - tetapi pastinya orang bandar adalah golongan paling terkesan. Bagi golongan berpendapatan sederhana, kos sara hidup yang makin tinggi ini mendorong untuk mereka melakukan lebih banyak kerja sambilan.

Ramai orang berpandangan bahawa tidak ada jalan lain bagi mengatasi masalah ini melainkan dengan menukar kerajaan sedia ada. Saya secara peribadi bersetuju bahawa kerajaan perlu ditukar untuk mengatasi masalah ini. Namun, dengan melihat kepada situasi politik semasa yang tidak berapa meyakinkan, parti pembangkang belum mampu memberi satu bayangan solusi alternatif bagi kerajaan hari ini.

Hakikatnya, di sana wujud strategi lain bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan sekarang ini, meskipun tidak ramai orang menyedarinya.
Menur…

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

Imej
Peratusan pelanggan bank-bank Islam yang tidak beragama Islam (non-Muslim) adalah mengatasi pelanggan Islam di Malaysia.
Fakta ini tidak hanya rumors, sebaliknya merupakan fakta rasmi yang dikeluarkan oleh ramai penganalisis.
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya dalam Forum Ekonomi Islam ke-11 berkata bahawa lebih ramai non-Muslim berbanding Muslim di Malaysia yang menjadi pelanggan kepada perbankan Islam, menjadi bukti bahawa ianya semakin diterima dan disokong secara global. 


Tidakkah kita pelik mengapa non-Muslim semakin menerima kewangan dan ekonomi Islam?

Kewangan Islam mula menerima sambutan daripada non-Muslim secara drastik di peringkat global ketika berlakunya krisis kewangan global 2008.
Krisis kewangan yang berlaku ketika itu yang banyak mempengaruhi sektor pasaran bon dan perbankan memaksa para pelabur untuk mencari satu bentuk sistem ekonomi yang lebih stabil dan asli (genuine).

Dalam sistem ekonomi konvensional, spekulasi sangat mudah berlaku. M…

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Imej
Ulamak sejak zaman-berzaman telah lama memperjuangkan penentangan terhadap konsep sekularism. Barah sekularism yang menular dalam minda umat Islam ini telah ditanam oleh para penjajah, tidak kira penjajah Inggeris, Perancis mahupun lain-lain.

Di Tanah Melayu, sekularism mula bertapak apabila Perjanjian Pangkor termeterai. Perjanjian ini menetapkan bahawa urusan negeri diserahkan kepada 'penasihat British', manakala kuasa Sultan terhad pada urusan agama Islam dan adat resam Melayu sahaja.

Di satu sudut, kita nampak bahawa penjajah ini bermurah hati kerana membantu rakyat membentuk pentadbiran yang efisien tanpa mereka campur tangan dalam urusan agama kita. Tetapi dari sudut yang lain, perjanjian ini menatijahkan Islam dipinggirkan dalam proses membangunkan tamadun Melayu.

Usaha menentang sekularism ini dijalankan oleh para pejuang yang turut disertai bahkan kadang-kadang dipimpin oleh ulamak Islam seperti Dato' Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Li…