Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Khabarkan Padaku Tentang Islam

Khabarkan padaku,Bagaimana menjadi muslim tanpa solat?Bagaimana menjadi muslim tanpa puasa, haji dan zakat?Bagaimana menjadi hamba Allah TANPA TAAT?
Penyerahan diri ini,Menuntut seribu kewajipan,Yang tak akan mampu ditunai,Kecuali dengan penuh keikhlasan.
Ikhlas menjadi muslim.Bukan kerana warisan ibu ayah,Bukan jua kerana diikat adat masyarakat,Bukan kerana apa-apa,Tetapi kerana pasak kefahaman yang kukuh.Yang tak mudah runtuh, tetap kukuh dalam tubuh.
Islam itu haq!Islam itu benar!Nyatakan kebenaran mu itu.Syahadah itulah kesaksianmu,bahawa... La ilaha illa allah!muhammadur rasulullah!Tiada tuhan yang PATUT DISEMBAH melainkan Allah,dan nabi muhammad itu utusan Allah.
Kesaksianmu itu manifestasi keyakinan,keyakinan yang tidak ada ragu padanya,walau sekelumit atau lebih kecil daripada itu.
Barulah absah di sisi Tuhan kesaksianmu itu.
Jika tidak,Khabarkan padaku,Apalah erti islammu itu.

Ashraf Misran26.12.2013, Jengka.

Aris Ariwatan - Permaidani

Rimbun dan redup kasihMuKau tempat ku berpayungDi manakah lagi dapat ku rebahkanRasa gundah ini
Nun Kau teguh di sanaPengasih dan penyayangPun ku masih terlekaMeneguk ihsanMuWalau ku sedari
Oh... nyamannyaBila diperlukan rinduMuMengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidaniDari baldu berwarna putihMoga tak ku terasakanCubaan yang ku galas iniKepada Mu titiankuHijrahkanlah diri ini–––––––––––––––––––––––––Entahlah apa yang aku rasa malam ni.Selepas balik dari Kuliah maghrib di Masjid Lama Rantau Perintis, aku rasa banyaknya dosa yang aku buat.
Sampai di rumah, aku belek satu buku berkaitan ekonomi Islam. Tiada mood. Mungkin hati aku memberontak minta diisi.Sudah lama aku tak isi hati aku dengan peringatan-peringatan. Aku lebih suka memberi makan pada aqal dan minda, hinggakan jiwa tak terisi.
Aku sedar hati aku terasa kosong. Tapi entah kenapa macam tiada usaha untuk aku imbangi antara makanan akal dan makanan rohani.
Malam ni, aku pasang lagu-lagu yang ada dalam iPad aku sambil cuba lelapkan…