Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ulama

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu.



Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..."

Kenapa ada lafaz "je"??

Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa rendah hati sebab belajar agama? Rasa hina sebab belajar Al-Quran?
Ingatlah, siapa pun orang itu -  baik CEO, doktor, profesor, perdana…

Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Imej
Ustaz Azhar Idrus. Sesiapa yang tak kenal nama ni, maknanya dia bukan kaki kuliah atau paling koman pun boleh kata dia tu tak tahu perkembangan semasa.

Ustaz Azhar Idrus ni saya kenal waktu semester 1, waktu tu belum menjadi fenomena lagi. Ketika itu, Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI terkenal di sekitar Terengganu dan Kuantan sahaja. Saya belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang terletak di Kuantan.

Kuliah rakaman pertama beliau yang saya tonton diadakan di Balok. Video tu senior saya yang pasang. Dia berkesempatan hadir kuliah UAI beberapa kali sebelum itu.

Rasa kagum dengan UAI ini sejak kuliah pertama beliau, beliau sangat santai dan penjelasannya difahami. Kuliah beliau memuaskan hati hampir semua golongan samada ahli ilmu atau orang awam, orang tua atau muda, lelaki atau perempuan. Kadang-kadang UAI menyelitkan lawak2 bersahaja.

Ramai yang menyangka bahawa UAI ini lepasan pondok, rupanya sangkaan itu meleset. Saya pernah tonton video sejarah hidup UAI. UAI pernah mengajar benda lag…

Pembongkaran Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini - Sheikh Imran Husein

Imej
Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan mengadakan ceramah berkaitan Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini pada 18 NOV 2011 (JUMAAT) di Dewan Auditorium MTNP selepas Maghrib.


Ceramah akan disampaikan oleh tokoh pembongkar konspirasi akhir zaman terkenal, Sheikh Imran Husein dari Trinidad. Beliau dilahirkan di sebuah pulau yang sering diangkat ke layar perak Hollywood iaitu Pulau Caribbean. Kini berumur 69 tahun. Berkelulusan daripada Univ Karachi, India dan Univ Al-Azhar, Mesir.


Beliau pernah bekerja dengan Kementerian Hubungan Luar Trinidad sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar Negara.



Kemudian, beliau beberapa kali memegang jawatan penting dalam badan-badan bebas di peringkat antarabangsa antaranya Pengarah Pengajian Islam bagi Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau juga turut menyertai banyak sesi-sesi pendebatan antara agama sebagai mewakili penganut Islam di USA. Di samping itu, beliau pernah menjadi imam di Masjid Dar al-Quran di Long Island, NY.
Beliau telah menulis …