Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengantar Ilmu Fiqh dan Fatwa

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Fatwa dan Qadha')

KEDUA: FATWA DAN QADHA'

Pengertian Fatwa:
Bahasa: diambil dari kata bahasa arab fata dan fatawa, dan ianya bermaksud menjelaskan, cth: dia memfatwakan sesuatu bermaksud dia menjelaskan sesuatu. Al-futiya dan al-fatwa pula adalah apa yang dijelaskan oleh mufti, atau jawapan bagi permasalah hukum yang dimusykilkan.
Istilah: apa yang dijelaskan oleh faqih (orang yang 'alim dalam fiqh) daripada hukum-hukum dan masalah-masalah yang ditanyakan, atau boleh juga dimaksudkan dengan hukum syara' yang diterangkan oleh faqih yang layak untuk menerangkan, untuk sesiapa yang bertanya, BUKAN dalam bentuk satu kemestian.

Pengertian Qadha'
Bahasa: hukum atau tuntutan, contoh: dia menqadha'kan bermaksud dia berhukum/dia menetapkan.
Istilah: peleraian sesuatu pergaduhan atau pemutusan sesuatu perebutandalam bentuk yang khas (kes).

Perbezaan antara Fatwa dan Qadha'
Qadha' itu serupa dengan fatwa, di mana keduanya adalah 'menerangkan atau menzahirkan hukum syara', tetapi d…

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Imej
PERTAMA: SYARIAH DAN FIQH

Pengertian Syariah:
Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus
Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada  bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW).

Pengertian Fiqh:
Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya
Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci.

Keistimewaan Syariah Islamiah:
Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya:

Dari AllahPrinsip-prinsipnya dan hukum-hukumnya sunyi (terpelihara) dari kecacatan, kekurangan dan pengaruh hawa nafsu.Syariat hadir dengan prinsip kesamaan antara semua manusia (tidak ada sesiapa di atas syariat).Hukum-hukumnya memiliki haibah (kehebatan) dan ihtiram (kemuliaan) dalam jiwa setiap yang beriman dengan syariat Allah.Balasan (pelanggaran) syariat bersifat duniawi dan ukhrawiBalasan duniawi: samada balasan kesala…