Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Manfaatkan Telefon Android anda untuk menguasai Ilmu Faraidh

Imej
Ilmu Faraidh merupakan antara ilmu yang paling awal akan dilupakan, bukan sahaja oleh orang awam bahkan oleh penuntut ilmu agama sekalipun.

Ilmu ini jika dikuasai, sebenarnya sangat banyak manfaat.

Di sini, saya ingin berkongsi satu aplikasi bagi memudahkan sesiapa yang ingin menguasai ilmu ini dengan menggunakan telefon pintar berplatform Android.

Nama aplikasi itu adalah Fiqh Mawarith.

Pengguna boleh memuat turun di pautan ini ------> Fiqh Mawarith


Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Imej
Ulamak sejak zaman-berzaman telah lama memperjuangkan penentangan terhadap konsep sekularism. Barah sekularism yang menular dalam minda umat Islam ini telah ditanam oleh para penjajah, tidak kira penjajah Inggeris, Perancis mahupun lain-lain.

Di Tanah Melayu, sekularism mula bertapak apabila Perjanjian Pangkor termeterai. Perjanjian ini menetapkan bahawa urusan negeri diserahkan kepada 'penasihat British', manakala kuasa Sultan terhad pada urusan agama Islam dan adat resam Melayu sahaja.

Di satu sudut, kita nampak bahawa penjajah ini bermurah hati kerana membantu rakyat membentuk pentadbiran yang efisien tanpa mereka campur tangan dalam urusan agama kita. Tetapi dari sudut yang lain, perjanjian ini menatijahkan Islam dipinggirkan dalam proses membangunkan tamadun Melayu.

Usaha menentang sekularism ini dijalankan oleh para pejuang yang turut disertai bahkan kadang-kadang dipimpin oleh ulamak Islam seperti Dato' Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Li…

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Imej
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.
Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Mak…

Apa Guna?

Imej
Apa guna bertilam empuk, kalau mata tidak mengantuk.  Biar baring di tepi dapur, tapi tidur nyenyak berdengkur. 
Apa guna gaji banyak, kalau barang naik mendadak.  Biar saja gaji rendah, tapi barang harganya murah. 
Apa guna suami tampan, kalau perangai macam syaitan.  Biar rupa hodoh, tapi tidak bodoh. 
Apa guna suami ada, tapi tak bagi nafkah dan tak kerja.  Biar hidup seorang, nak buat apa tak siapa yang larang. 
Apa guna isteri cantik, kalau akal tidak cerdik.  Biar rupa tidak menawan, tapi baik hati di dalam. 
Apa guna banyak isteri, makan pakai urus sendiri.  Biar isteri seorang saja, makan pakai sudah tersedia. 
Apa guna anak ramai, kalau amanah tak tertunai.  Biar anak sedikit, tapi beriman dan cerdik. 
Apa guna kenduri besar-besaran, kalau kahwin hanya sebulan.  Biar kenduri sekadar saja, tapi jodoh kekal bahagia. 
Apa guna lauk banyak, kalau semua tidak enak.  Biar lauk hanya satu, tapi sedap rasa dan bau. 
Apa guna makan banyak, kalau semua tak berkhasiat.  Biar makan sediki…

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu.



Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..."

Kenapa ada lafaz "je"??

Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa rendah hati sebab belajar agama? Rasa hina sebab belajar Al-Quran?
Ingatlah, siapa pun orang itu -  baik CEO, doktor, profesor, perdana…

Dahsyatnya Qiamullail: Tips Bangun Malam

Imej
Saya sekarang sedang menyiapkan tesis bagi mendapat sijil Diploma. Tajuknya adalah berkaitan keperibadian pendakwah. Antara sifat pendakwah adalah rajin bangun malam. Untuk itu, saya ingin mengajak semua rakan dakwah untuk melazimi diri dengan ibadah ini. Memandangkan ianya adalah satu perkara yang berat, maka saya ingin berkongsi tips-tips bangun malam untuk beribadah. Tips-tips ini mengambil kira aspek persediaan jasmani dan rohani:


________________________






Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di t…

Puasa 6 Sekali Dengan Qada'

Imej
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan …

Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal

Imej
“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim Mengapa dikatakan begitu? Ini kerana, orang yang melakukan 1 kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang semisal. Berpuasa selama 1 bulan di bulan Ramadhan bererti puasanya adalah semisal dengan puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal pula semisal dengan 60 hari (2 bulan) berpuasa. Oleh sebab itulah, mereka yang berpuasa 1 bulan di bulan Ramadhan, kemudian berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal akan mendapat pahala puasa seperti setahun penuh. Subhanallah. “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi Seperti yang kita tahu, puasa juga adalah perisai seorang muslim dari maksiat semasa dia di dunia, dan merupakan perisainya dari api neraka di akhirat nanti.
Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal; Pelengkap dari puasa Ramadhan

Qonaah

Imej
Sayidina Ali menyatakan:
“Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.Qonaah (قناعة) lawannya tamak (طمع).