Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Borang

Peluang Belajar di Saudi dalam bidang profesional dan agama

Imej
Hari ini Maahad Tahfiz Negeri Pahang didatangi oleh tetamu istimewa dari Saudi Arabia, salah seorang rektor Univ Imam Muhammad, Prof Sulaiman. Beliau dalam rangka kerja menghadiri Konvensyen Pengajian Islam Tinggi Antarabangsa di Kompleks Yayasan Pahang. Sempena itu, Maahad Tahfiz berbesar hati menjemput beliau untuk mempromosikan Univ Imam Muhammad kepada para pelajar.


Universiti Imam Muhammad terletak di Riyadh, ibu negara bagi Saudi.Ianya menyediakan pengajian di bidang agama dan pengajian bidang profesional kepada semua pelajar dari semua negara kecuali dalam bidag perubatan. Bidang perubatan hanya untuk pelajar tempatan Saudi.Semua pelajar automatik mendapat biasiswa kerajaan Saudi sebagaimana yang ditawarkan oleh mana-mana universiti di Saudi. Saudi merupakan satu-satunya negara yang menawarkan biasiswa kepada semua pelajar tempatan dan pelajar dari luar Saudi.Butiran bantuan biasiswa adalah seperti berikut:Elaun bulanan bernilai RS1000. RS1 = RM0.83 lebih kurang. Jadi, pandai-pa…