Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kewangam

6 tip Terbaik Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

1. Membeli rumah buat kali pertama adalah satu saat terindah pada diri kita. Ketika itu mungkin anda mencari dan menunggu harga hartanah jatuh keparas yang rendah sebelum kadar faedah pinjaman bank mula kembali naik dan sekaligus memusnahkan impian anda untuk membuat pinjaman. Bagaimana memilih pinjaman? bergantung pada saiz deposit yang anda peruntukkan. Jika cukup besar saiz deposit anda maka boleh la anda memilih kadar pinjaman tetap (fixed rate) semasa kadar faedah kita sedang rendah. Jika deposit anda kurang, nasihat saya pergi ke pinjaman mengikut BLR. Kenapa? Kepada pendeposit besar. Tindakan ini menunjukkan mereka benar-benar ingin tinggal dirumah tersebut buat tempoh masa yang lama. kebanyakkan pelabur amat suka memilih pakej BLR untuk pinjaman hartanah mereka. Tetapi ini tidak bermakna semua orang yang ambil BLR adalah pelabur, Mungkin buat masa ini belum cukup deposit, tetapi tidak mengapa perlahan-lahan lah. 2. Buat kali pertama, Mungkin anda rasakan anda mampu dan gaji anda…