Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

PERTAMA: SYARIAH DAN FIQH

Pengertian Syariah:
Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus
Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada  bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW).

Pengertian Fiqh:
Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya
Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci.

Keistimewaan Syariah Islamiah:
Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya:

  1. Dari Allah
    • Prinsip-prinsipnya dan hukum-hukumnya sunyi (terpelihara) dari kecacatan, kekurangan dan pengaruh hawa nafsu.
    • Syariat hadir dengan prinsip kesamaan antara semua manusia (tidak ada sesiapa di atas syariat).
    • Hukum-hukumnya memiliki haibah (kehebatan) dan ihtiram (kemuliaan) dalam jiwa setiap yang beriman dengan syariat Allah.
  2. Balasan (pelanggaran) syariat bersifat duniawi dan ukhrawi
    • Balasan duniawi: samada balasan kesalahan jenayah (spt: Hudud) atau balasan kesalahan tort (spt: Pampasan).
    • Balasan ukhrawi: rentetan daripada mukhalafah (menyalahi) hukum-hukum Allah dari setiap sisi, firman Allah SWT, mafhumnya:
      • "Maka sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah akan dilihatnya semula, dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah (juga) akan dilihatnya semula" (Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)
  3. Umum dan kekal
    • Umum untuk semua manusia pada setiap tempat dan masa.
    • Kekal dan tidak ada nasakh (pindaan), perubahan dan pertukaran.
  4. Menyeluruh
    • Meliputi  semua urusan kehidupan (aqidah, akhlak dan perbuatan-perbuatan praktikal)
Keistimewaan Fiqh Islami

  1. Pensyariatan dari Allah yang berdiri atas wahyu.
  2. Pensyariatan yang umum dan menyeluruh, mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya dan hubungannya dengan manusia yang lain pada setiap masa dan tempat.
  3. Hukum-hukumnya tunduk kepada prinsip pengawasan dalaman yang dikendalikan (dihadirkan) oleh iman dalam diri setiap muslim - kesedaran bahawa Allah SWT akan menghisab setiap mukallaf dalam setiap perbuatannya, 
    • Firman Allah SWT, mafhumnya: "Iaitu pada hari lidah-lidah mereka, tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka menjadi saksi atas setiap apa  yang telah mereka lakukan" [Surah An-Nur ayat 24]
    •  Sabda nabi SAW, mafhumnya: "(Ihsan itu) adalah kamu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, maka apabila kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat engkau"
  4. Roh syariat jelas terpancar ketika melaksanakan keadilan dan kesamaan antara manusia,
    • Sabda nabi SAW, mafhumnya: "kalaulah Fatimah bintu Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya".
Hubungan/Perbandingan Antara Fiqh dan Syariat
Kita boleh mengenalpasti hubungan antara fiqh dan syariat berdasarkan aspek-aspek berikut:

  1. Dari segi umum/khas
    • Syariah: meliputi setiap hukum-hukum syara'
    • Fiqh: meliputi hukum-hukum praktikal/perbuatan sahaja (ibadat dan muamalat)
  2. Dari segi pemeliharaan daripada kesalahan
    • Syariah: terpelihara daripada kesalahan kerana bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah sahaja.
    • Fiqh: TIDAK terpelihara daripada kesalahan kerana ianya adalah HASIL KEFAHAMAN ulama' berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith nabawi.
  3. Sumber
    • Syariah: berdiri atas wahyu (pensyariatan daripada Tuhan), maka tiada ruang untuk dimasukkan pendapat manusia.
    • Fiqh: terpecah kepada 2 pecahan:
      • Bahagian yang berdiri atas wahyu, dan tidak harus khilaf padanya; kerana ianya adalah sebahagian daripada syariat seperti kewajiban solat dan keharaman zina.
      • Bahagian yang berdiri atas ra'yu/pendapat peribadi manusia dan ijtihad, dan harus khilaf padanya.
Perbezaan Antara Fiqh Islam dan Undang-undang Ciptaan Manusia
Juga boleh dibezakan melalui beberapa aspek, iaitu:
  1. Sumber
    • Fiqh: tertegak di atas wahyu, dan fiqh sentiasa merujuk kepada wahyu (Quran dan Hadith) dalam perkara-perkara kasar (jumlah) dan perkara-perkara terperinci (tafsil).
    • Undang-undang manusia: direka oleh manusia (biro, individu, majlis khas, ketua, raja)
  2. Umum dan menyeluruh
    • Fiqh: Aturan Tuhan yang melingkupi seluruh urusan kehidupan manusia hatta hubungannya dengan Tuhannya.
    • Undang-undang manusia: tidak memandang kepada aturan hubungan manusia dengan Tuhannya, dan meminggirkan persoalan ibadat dan keagamaan dalam urusan sehari-hari dan pembinaan negara. Undang-undang manusia hanya fokus pada aturan hubungan manusia sesama manusia.
  3. Kesempurnaan dan kekurangan
    • Fiqh: Sistem sempurna dan pensyariatan dari Tuhan dalam urusan kehidupan, dan sistem ini memelihara setiap hal ehwal manusia pada setiap masa dan tempat.
    • Undang-undang manusia: Bersifat dengan kekurangan dan ianya berbeza-beza di setiap pecahan bumi dan iklim, sentiasa memerlukan kepada penilaian semula, semakan dan pindaan (kerana ianya adalah ciptaan manusia).
  4. Balasan ukhrawi
    • Fiqh: terdapat padanya konsep balasan (dosa dan pahala) untuk menggalakkan umat menjunjung perintah Syara' dan mengelakkan mereka menyalahi perintah Tuhan.
    • Undang-undang manusia: Tidak melibatkan balasan akhirat - hanya terdapat balasan di dunia seperti denda, pampasan dan seumpamanya.
  5. Pengaruh hawa nafsu dan kepentingan peribadi
    • Fiqh: tidak boleh dipengaruhi oleh manusia dan dibuat gurauan kerana takutkan Allah.
    • Undang-undang manusia: terdedah kepada pengaruh hawa nafsu, kepentingan peribadi dan kepentingan politik; hasilnya dihalalkan riba, arak, dsb.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam