Mengislah Ekonomi Dengan Ilmu Kepenggunaan

Malaysia kini dilanda krisis ekonomi dalaman yang teruk. Rata-rata rakyat merasa tertekan dengan desakan kewangan yang makin lama makin meninggi saban hari. Tidak hanya di bandar, tekanan ini turut dirasakan oleh mereka yang tinggal di kampung - tetapi pastinya orang bandar adalah golongan paling terkesan. Bagi golongan berpendapatan sederhana, kos sara hidup yang makin tinggi ini mendorong untuk mereka melakukan lebih banyak kerja sambilan.
Hampir semua barang dan perkhidmatan keperluan naik harga.

Ramai orang berpandangan bahawa tidak ada jalan lain bagi mengatasi masalah ini melainkan dengan menukar kerajaan sedia ada. Saya secara peribadi bersetuju bahawa kerajaan perlu ditukar untuk mengatasi masalah ini. Namun, dengan melihat kepada situasi politik semasa yang tidak berapa meyakinkan, parti pembangkang belum mampu memberi satu bayangan solusi alternatif bagi kerajaan hari ini.

Hakikatnya, di sana wujud strategi lain bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan sekarang ini, meskipun tidak ramai orang menyedarinya.

Menurut ilmu ekonomi dan politik, sesebuah kerajaan tidak hanya mengambil pendirian sendiri dan suara rakyat apabila mewujudkan satu-satu polisi baru. Kerajaan turut sama menerima desakan dan tuntutan daripada individu-individu tertentu dari bidang korporat.

Pastinya individu-individu ini mempunyai kepentingan tertentu apabila satu-satu polisi itu dilaksanakan.

Saya pernah mendengar satu saranan untuk pengguna (rakyat) memboikot beberapa syarikat minyak yang besar untuk mendesak harga minyak diturunkan.

Cadangan ini ada logiknya. Apabila syarikat-syarikat besar yang 'mengawal' harga minyak dalam negara ini menerima tekanan dari pengguna, suara pengguna akan lebih didengari.

Sebenarnya, syarikat-syarikat besar ini menerima keuntungan yang besar dan berlipat kali ganda dari pengguna. Kerajaan pula sebagai 'penjaga kebajikan rakyat' terpaksa menampung harga yang tinggi ini dengan memberikan subsidi.

Andaikan syarikat-syarikat ini tidak boleh memilih untuk mengambil untung yang besar dari kocek rakyat kerana rakyat memboikot mereka, maka mereka terpaksa menurunkan harga minyak.

Harga minyak dunia turun... harga minyak Malaysia?


Persoalan yang timbul seterusnya pula adalah, syarikat mana yang mahu diboikot?

Untuk menjawab soalan ini, saya tidak dapat memberi jawapan kerana saya bukanlah orang yang arif. Saya juga dalam proses belajar. Namun, saya berkeyakinan pengguna mampu menuntut penurunan harga barang dan perkhidmatan jika pengguna bersuara secara bersama dan bertindak bersama. Usaha ini tidak akan berhasil seandainya hanya persatuan-persatuan pengguna yang bersuara tanpa kerjasama daripada pengguna-pengguna yang lebih ramai di luar persatuan.

P/s: Tak nafikan harga minyak di Malaysia kebanyakannya hasil kerja jahat kerajaan 'merasionalkan' subsidi. Saya hanya memberi contoh. Mungkin ada contoh yang lebih sesuai. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam