Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ustaz Azhar Idrus

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu.



Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..."

Kenapa ada lafaz "je"??

Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa rendah hati sebab belajar agama? Rasa hina sebab belajar Al-Quran?
Ingatlah, siapa pun orang itu -  baik CEO, doktor, profesor, perdana…

Penjelasan tentang BIDAAH dan permasalahannya oleh Ustaz Azhar Idrus

Imej
Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN

Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkara-perkara bidaah.

Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Semoga ulasan dan pe…