Tukar Tayar Baru MyVi SXi



Fuhh, tayar sudah mahu kena tukar. Tayar belakang sudah kembang-kembang bengkak-bengkak.

Bahana hari-hari jalan ikut jalan lori, tayar keretaku mahu ditukar. Kena tukar juga kalau tak malang yang menimpa.

Ingat! Malang tak berbau. Ada sejenis malang sahaja yang berbau iaitu...?? Hehe.

Ok, kali ni tukar tayar depan sahaja sebab tayar belakang masih boleh guna, walaupun hakikatnya teruk juga. Tapi dah kekeringan wang, apa boleh buat.

Sebelum pergi tukar tayar, Google dulu kedai mana ok dan dapat review yang meyakinkan. Jadi selepas operasi Google, maka terpilihlah "Kedai Tayar Temin" di Temin, Jerantut Pahang. Kedai ini diusahakan oleh seorang lelaki Bumiputera.

Bukan tak mahu ke kedai Cina, tapi orang kata:
Kalau nak servis murah, pergi kedai melayu. Kalau nak barang murah, pergi kedai Cina.
Ok, nampak tak hak keadilan samarata kat situ? Hehe.

Saya ambil tayar saiz 14 jenama  sebab itu yang sesuai dan biasa untuk Perodua MyVi. Percuma kepala tiub.

Berapa RM bayaran untuk kali ini?
Tak mahal. RM170 x 2 biji = RM340 sahaja.

Tambah RM10 untuk setting alignment.

Habis RM350 hari ni. Huhu.

P/s: Lepas tukar tayar bawak kereta perlahan je sebab sayang tayar baru. Kiki.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam