Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tazkirah

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Imej
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.
Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Mak…

Apa Guna?

Imej
Apa guna bertilam empuk, kalau mata tidak mengantuk.  Biar baring di tepi dapur, tapi tidur nyenyak berdengkur. 
Apa guna gaji banyak, kalau barang naik mendadak.  Biar saja gaji rendah, tapi barang harganya murah. 
Apa guna suami tampan, kalau perangai macam syaitan.  Biar rupa hodoh, tapi tidak bodoh. 
Apa guna suami ada, tapi tak bagi nafkah dan tak kerja.  Biar hidup seorang, nak buat apa tak siapa yang larang. 
Apa guna isteri cantik, kalau akal tidak cerdik.  Biar rupa tidak menawan, tapi baik hati di dalam. 
Apa guna banyak isteri, makan pakai urus sendiri.  Biar isteri seorang saja, makan pakai sudah tersedia. 
Apa guna anak ramai, kalau amanah tak tertunai.  Biar anak sedikit, tapi beriman dan cerdik. 
Apa guna kenduri besar-besaran, kalau kahwin hanya sebulan.  Biar kenduri sekadar saja, tapi jodoh kekal bahagia. 
Apa guna lauk banyak, kalau semua tidak enak.  Biar lauk hanya satu, tapi sedap rasa dan bau. 
Apa guna makan banyak, kalau semua tak berkhasiat.  Biar makan sediki…

Menggapai Syurga Dunia

Carilah syurga dunia. Barangsiapa mendapat syurga dunia, besar harapannya untuk mendapatkan syurga akhirat.

Benar! Di dunia lagi sudah ada syurga. Syurga ini ALLAH segerakan di dunia lagi. Dan syurga ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin.

Apakah syurga itu? Syurga itu ada dalam diri manusia. Syurga itu adalah KETENANGAN.

Ketenangan jiwa adalah impian semua manusia. Baik orang tua, muda, kaya, miskin, di desa, di kota, lelaki mahupun perempuan, semuanya inginkan ketenangan jiwa.

Kekayaan? Tidak... Tidak semua orang sukakan kekayaan, apatah lagi kemiskinan dan kepapaan. Ada orang yang tidak inginkan kekayaan pun. Contohnya Abdul Rahman bin Auf R.H. Beliau tidak inginkan kekayaan, tetapi kekayaan itu yang inginkan beliau. Beliau rasa gerun dengan kekayaan yang ada di tangannya, kerana nabi pernah memberitahu bahawa orang kaya = lama masa penghitungannya di akhirat nanti. Jarak masa antara orang kaya dan miskin adalah setengah hari akhirat. Berapa lama tu? Satu hari akhirat ad…

Kisah Ahli Ibadah Yang Tertipu

Imej
Jom pelihara iman kita. Iman kita adalah tiket terakhir untuk masuk syurga. Takde iman, maka tiadalah syurga untuk kita.

Ada orang beramal banyak, solat banyak, puasa banyak, tapi iman tipis seperti kulit bawang. Orang macam ni, kalau diuji ALLAH, anytime boleh kufur samada dalam sedar atau tidak.

Antara cara menjaga iman adalah dengan menambah ilmu dan membina jaringan. Jaringan ukhuwah persaudaraan Islam dapat membantu kita memelihara iman kita.

_______________________________________

Ingat tak kisah tentang seorang ahli ibadah, yang diuji ALLAH. Suatu hari, Allah izinkan syaitan menghasut beliau. Beliau sentiasa di tikar sembahyangnya.

Ahli ibadah itu tinggal di satu kampung, dan dia masyhur dgn kebaikan dan kesolehannya. Di kampung itu juga tinggal 3 beradik - 2 abang dan 1 adik perempuan. Maka pada suatu hari, kedua-dua abang ini mahu bermusafir. Perjalanan itu mengambil masa yang panjang dan amat menyulitkan jika adik perempuannya dibawa bersama.

Maka abang yang pertama mencadan…

Lamanya! Apa nak buat lama sangat?

Imej
LAMA ATAU SEKEJAP?

Hidup ini tak lama, isilah ia dengan kebaikan.

"60 tahun tak lama ke?", mula la ada orang pertikai. "Zaman muda sekali je... enjoy la...".
Lama atau sebentar itu adalah sesuatu yang bersifat nisbi. Kalau makan nasik lemak ambik masa sejam, ianya dikira 'lama'. Tetapi kalau melancong ke Jepun dalam masa sehari, ianya dikira 'sebentar' atau 'sekejap'.

Orang yang hatinya dipenuhi cahaya iman, akan lihat kehidupan di dunia ni sekejap sahaja. Sebab apa? Sebab mereka menisbikan / menyandarkan / membandingkan kehidupan di dunia ini dengan kehidupan di akhirat.

Tapi kalau mereka yang cintakan dunia, kehidupan di dunia ini dirasakan lama dan seolah-olahnya kekal selamanya. Maka mereka pun menikmati dunia ini sepuasnya, dengan menyangka bahawa masih sempat untuk bertaubat sebelum mati... KERANA disangka nyawanya masih lama boleh bertahan.



P/s: Jika kita rasakan solat 5 minit itu lama, maka masih ada cinta dunia dalam diri.



KITA ENJOY!
&…

Rezeki : Nikmatkah atau Istidraj?

Imej
Rezeki adalah 'apa yang memberi manfaat kepada kita'. Kalau ikur puak mu'tazilah, rezeki adalah apa yang kita miliki.

Kadang2 kita jangka sesuatu itu milik kita maka ia rezeki kita. Tapi kita tersilap, manfaat harta milik kita itu dinikmati oleh orang lain. Mungkin kita jangka makanan itu rezeki kita, lalu kita pun tadah dan tatkala nak disuap tertumpahlah ia, maka ia menjadi rezeki ayam.

Kadang2, dah suap, tak dapat masuk perut sebab sangkut kat anak tekak lalu tersedak, maka bukan juga rezeki kita.

Kadang2, dah telan, masuk perut pun. Tetiba, rasa muak lalu termuntah. Perut kosong semula. Bukan juga rezeki kita.

Jadi, contoh-contoh ini menolak takrif mu'tazilah tadi.

Sebenarnya, diri ini rasa banyak sangat nikmat yang ALLAH bagi. Dari lahir sehingga ke saat ini, terasa sangat bertuah. Hidup dalam keluarga yang agak senang, dilayan sebagai seorang manusia, kadang-kadang dijulang-julang. Adakah ini memang ALLAH nak kurniakan kepada diri atau ALLAH nak lekakan diri ini…

Kisah Malam Pertama, yang Dahsyat!

Assalamualaikum
Untuk semua , Pada suatu masa kita pasti di risik Pertunangan sejak azali
Di hujung hidup nanti Berlangsungnya perkahwinan dengan maut Hantarannya sakit dan nazak Tamu bertandang menghadiahkan esok tangisan
Pengantin di mandikan Di pakaikan baju yang cantik putih bersih Wangian gaharu dan cendana Keranda di jadi kan pelamin Pengantin bersanding sendirian
Di arak keliling kampung Berkompangkan azan dan kalimah kudus Akad nikahnya bacaan talkin Berwalikan liang lahad
Bersaksikan batu-batu nisan Siraman air mawar Keluarga terdekat menepung tawar Tiba masa pengantin menunggu sendirian
Malam pertama bersama kekasih Di kamar bertilamkan tanah Dan dia menuntut janji Sucikah kita tatkala berpadu?
Pernahkah taubat sepanjang hayat? Engkau terkubur bersama dosa-dosa