Perjalanan Menuju Impian - Jutawan Internet in making




Alhamdulillah bisnes makin maju. Hehe. Bisnes apa tu?

Tiba-tiba terjebak pula dalam bisnes internet. Tak pernah-pernah pasang impian untuk jadi seorang web developer.

Sekarang dah ada beberapa syarikat minta buatkan laman web untuk syarikat mereka. Almaklumlah di zaman yang serba canggih ini, mana-mana bisnes yang tidak ada laman web sendiri, mereka sudah hilang 70% daripada prospek mereka.

Apa tidaknya. Kalau tanpa internet, prospek pelanggan mereka hanyalah dalam lingkungan kejiranan dan penempatan mereka sahaja. Tetapi dengan internet, mereka boleh melebarkan sayap mereka ke seluruh dunia.

Macamana boleh tiba-tiba terlibat dengan bisnes bina laman web ni?

Semuanya bermula dengan kursus ko-kurikulum Pembangunan Laman Maya yang saya masuk sewaktu di Tahun 1 USIM. Dari situ tercetus minat. Tapi hanya minat-minat sahaja. Saya ni memang suka explore benda-benda yang baru. Tapi kemudian cepat jugalah hilang minatnya.

Actually, sikap begini tak bagus. Betul kita akan cepat belajar banyak benda. Tapi yang tak bagusnya, hasil akhirnya tiada satu bidang pun yang kita betul-betul master dan kuasai. Know everything, master for nothing.

Bermulanya bisnes ni pula bilamana cuti semester tahun 2 baru-baru ini bila saya rasa bosan tiada kerja. Isteri saya yang tercinta kerja di MUIP (praktikal), tapi saya pula tak buat apa. Kadang-kadang saya teman isteri ke pejabat. Tak pernah-pernah orang pergi kerja bawa suami kan? Tapi itulah yang isteri saya buat. Hehe.

Di pejabat, saya bukan buat apa. Kadang-kadang tolong isteri key-in data. Tapi mana boleh tolong selalu. Saya nak dia belajar bekerja. Hee.

Jadi, kebanyakan masa saya digunakan untuk melayari internet. Saya buka laman web itu, laman web ini. Dan kadang-kadang juga saya improve skil bina laman web saya. Ilmu yang sudah lama saya tinggalkan.

Suatu hari, isteri ajak ke kedai sepupu. Nak ambil barang China. Sepupu isteri saya ini bisnes kencang, dia bawa orang ke China untuk memborong.

Yang menariknya, tiba-tiba sepupu isteri saya kata nak cari orang pandai buat laman web untuk bina laman web untuk syarikatnya.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Isteri saya cadangkan nama saya. Saya sengih sahaja dan angguk tanda boleh kalau nak cuba-cuba.

Maka bermulalah pengalaman saya sebagai seorang web developer.

P/s: Yang bagusnya, sepupu isteri saya tak kisah saya masih di tahap Beginner. Yang penting adalah saya ada asas dan minat yang mendalam.

"Change your passion into your asset"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Pengenalan Bay' Al-'Inah