Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Fungsi Kalkulator Biasa Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej
Sejak GST dilaksanakan, saya rasa ramai orang sudah mulakan langkah penjimatan. Kalau anda tidak mula berjimat, maknanya anda memang kebal dengan GST. Saya dan isteri pun sama sudah mulakan langkah penjimatan. Antara langkah yang kami ambil mula-mula adalah beli kalkulator. Kalkulator yang saya beli tak mahal mana pun, hanyalah bernilai RM4.50 beli dari Mydin. Cukuplah untuk fungsi asas untuk membantu saya dan isteri membeli dengan lebih berhemah. Waktu saya demo penggunaan kalkulator pada isteri saya, isteri saya tak tahu beberapa teknik penggunaan kalkulator ini yang sangat mudah dan membantu membuat perkiraan untuk membeli-belah. Saya ini pun tahu sebab dahulu berpengalaman membantu abah saya meniaga jual ikan dan sayur pagi-pagi. Asas kalkulator ini memang biasanya dikuasai oleh para peniaga. Ok, sekarang saya nak kongsikan beberapa teknik penggunaan kalkulator yang tak ramai orang tahu/ tak manfaatkan. 1.Kalkulator asas biasanya dilengkapi dengan fungsi memori. Butang memori bias…

Kewangan Islam: Sensitiviti Umat Islam di Tahap Mana?

Imej
Kekeliruan masharakat terhadap industri kewangan dan perbankan Islam tidak hanya melanda golongan bukan Islam, sebaliknya turut melanda umat Islam.

Tidak hanya orang-orang kampung, bahkan golongan terpelajar, golongan elit, pemegang PhD dan master, mahupun profesor di Universiti turut menghadapi masalah yang sama iaitu gagal memahami kewangan Islam dengan baik.

Persoalan atau isu terbesar yang wujud adalah dakwaan mereka bahawa perbankan Islam adalah sama dengan perbankan konvensional. Dakwaan ini turut ditambah dengan tuduhan bahawa bank-bank Islam tidak melakukan apa-apa perubahan dari bank konvensional melainkan menjenamakan produk bank dengan nama-nama yang lebih berbunyi Arab.

Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal memahami keperluan kewujudan bank-bank Islam dalam sistem ekonomi negara. Penubuhan bank bagi mereka adalah haram dan tidak syarie, jadi pergilah pada mana-mana bank sekali pun tetap sama dan tiada beza.

Kesannya, mereka memilih untuk ke bank konvensiona…