Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kewangan

Fungsi Kalkulator Biasa Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej
Sejak GST dilaksanakan, saya rasa ramai orang sudah mulakan langkah penjimatan. Kalau anda tidak mula berjimat, maknanya anda memang kebal dengan GST. Saya dan isteri pun sama sudah mulakan langkah penjimatan. Antara langkah yang kami ambil mula-mula adalah beli kalkulator. Kalkulator yang saya beli tak mahal mana pun, hanyalah bernilai RM4.50 beli dari Mydin. Cukuplah untuk fungsi asas untuk membantu saya dan isteri membeli dengan lebih berhemah. Waktu saya demo penggunaan kalkulator pada isteri saya, isteri saya tak tahu beberapa teknik penggunaan kalkulator ini yang sangat mudah dan membantu membuat perkiraan untuk membeli-belah. Saya ini pun tahu sebab dahulu berpengalaman membantu abah saya meniaga jual ikan dan sayur pagi-pagi. Asas kalkulator ini memang biasanya dikuasai oleh para peniaga. Ok, sekarang saya nak kongsikan beberapa teknik penggunaan kalkulator yang tak ramai orang tahu/ tak manfaatkan. 1.Kalkulator asas biasanya dilengkapi dengan fungsi memori. Butang memori bias…

Tukar Tayar Baru MyVi SXi

Imej
Fuhh, tayar sudah mahu kena tukar. Tayar belakang sudah kembang-kembang bengkak-bengkak.

Bahana hari-hari jalan ikut jalan lori, tayar keretaku mahu ditukar. Kena tukar juga kalau tak malang yang menimpa.

Ingat! Malang tak berbau. Ada sejenis malang sahaja yang berbau iaitu...?? Hehe.

Ok, kali ni tukar tayar depan sahaja sebab tayar belakang masih boleh guna, walaupun hakikatnya teruk juga. Tapi dah kekeringan wang, apa boleh buat.

Sebelum pergi tukar tayar, Google dulu kedai mana ok dan dapat review yang meyakinkan. Jadi selepas operasi Google, maka terpilihlah "Kedai Tayar Temin" di Temin, Jerantut Pahang. Kedai ini diusahakan oleh seorang lelaki Bumiputera.

Bukan tak mahu ke kedai Cina, tapi orang kata:
Kalau nak servis murah, pergi kedai melayu. Kalau nak barang murah, pergi kedai Cina. Ok, nampak tak hak keadilan samarata kat situ? Hehe.

Saya ambil tayar saiz 14 jenama  sebab itu yang sesuai dan biasa untuk Perodua MyVi. Percuma kepala tiub.

Berapa RM bayaran untuk kal…

Pembongkaran Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini - Sheikh Imran Husein

Imej
Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan mengadakan ceramah berkaitan Konspirasi Ekonomi Dunia Masa Kini pada 18 NOV 2011 (JUMAAT) di Dewan Auditorium MTNP selepas Maghrib.


Ceramah akan disampaikan oleh tokoh pembongkar konspirasi akhir zaman terkenal, Sheikh Imran Husein dari Trinidad. Beliau dilahirkan di sebuah pulau yang sering diangkat ke layar perak Hollywood iaitu Pulau Caribbean. Kini berumur 69 tahun. Berkelulusan daripada Univ Karachi, India dan Univ Al-Azhar, Mesir.


Beliau pernah bekerja dengan Kementerian Hubungan Luar Trinidad sebagai Pegawai Perkhidmatan Luar Negara.



Kemudian, beliau beberapa kali memegang jawatan penting dalam badan-badan bebas di peringkat antarabangsa antaranya Pengarah Pengajian Islam bagi Joint Committee of Muslim Organizations of Greater New York. Beliau juga turut menyertai banyak sesi-sesi pendebatan antara agama sebagai mewakili penganut Islam di USA. Di samping itu, beliau pernah menjadi imam di Masjid Dar al-Quran di Long Island, NY.
Beliau telah menulis …

Tips Berbelanja Cara Orang 'Kaya'

Imej
•    Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu. •    Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan. •    Jangan membawa wang yang berlebihan daripada  anggaran harga keperluan yang disenaraikan. •    Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai. •    Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir. •    Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan. •    Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai. •    Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia. •    Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses. •    Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli. •    Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga…

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Imej
Apabila mahu membeli kereta melalui iklan yang disiarkan di akhbar, atau di mana-mana, kita sewajarnya menentukan penjual kereta itu tulen atau sebaliknya kerana ada penjual kereta terpakai menyiarkan iklan seolah-olah merekalah pemilik sebenar kereta berkenaan bagi menambah keyakinan pembeli bahawa mereka sebenarnya berurusan langsung dengan pemilik. Ketika membuat panggilan telefon untuk bertanya mengenai kereta yang diiklankan itu, kita harus bijak supaya tidak terpedaya dengan orang yang menjawab panggilan. Seboleh-bolehnya tegas tetapi bukan kasar ketika bercakap. Jika berasa sangsi, mungkin kerana pelbagai helah diberi, sebaiknya hentikan urus niaga itu, jangan membuang masa. Antara tips membeli kereta adalah: 1. Jangan beli keta yg sudah modified termasuk
- lowered
- sport rim yg terlalu besar dan bukan original
- dashboard yg berlubang2 akibat pasang meter aksesori atau speaker
- tinted terlalu gelap
- warna asal sudah ditukar
- enjin asal sudah ditukar termasuk turbo 2. Jangan beli ke…