Pengenalan Bay' Al-'Inah

Kontrak Yang Digunakan

Antara kontrak-kontrak asas yang digunakan dalam bay' al-'inah adalah:
  1. Bay' Al-Wadi'ah
  2. Al-Bay' bi Thamanin Ajil / Deferred payment sale
  3. Al-Wa'd / Promise

Proses

Proses bagi menjalankan bay' al-'inah sangat mudah difahami. Berikut adalah contoh pelaksanaan bay' al-'inah:
  1. Pelanggan memohon kepada bank untuk membeli satu barang dan berjanji akan menjualnya kembali. (Proses permohonan)
  2. Bank menjual satu komoditi kepada Pelanggan A dengan harga RM10 ribu secara ansuran. (Kontrak 1)
  3. Selepas beberapa ketika (boleh jadi beberapa saat), pelanggan menjual balik komiditi tadi kepada bank dengan harga yang lebih murah (bay' al-wadi'ah) e.g. RM8 ribu secara tunai kepada bank. (Kontrak 2)
  4. Pelanggan membayar hutang kepada bank secara ansuran bulanan. (Proses pembayaran)
Kesannya:
  • Pelanggan berhutang kepada bank sebanyak RM10 ribu hasil jualan komoditi daripada bank kepada Pelanggan (Kontrak 1).
  • Pelanggan dapat wang tunai RM8 ribu yang dihajatinya hasil jualan komoditi daripada Pelanggan kepada bank (Kontrak 2).
Fungsi utama bay' 'inah biasanya adalah untuk mendapatkan tunai.

Produk Kewangan yang Menggunakan Model Ini

Terlalu banyak produk kewangan Islamik yang mengguna pakai model bay' al-'Inah. Di sini disebut beberapa produk terkenal:
  1. Simpanan bertempoh / Term deposit
  2. Kad kredit / Credit card
  3. Pembiayaan peribadi / Personal financing
  4. Pembiayaan modal kerja / Working capital financing
  5. Pembiayaan pendidikan / Education financing
  6. Commodity Murabahah-i
  7. Cash line facility-i
  8. Accepted bills-i
  9. Letter of credit-i 

Isu Syariah

 Di sana masih terdapat beberapa isu syariah berkaitan bay' al-'inah yang menyebabkan bank semakin menolak penggunaan model ini. Walaupun ulama' mazhab Syafi'i dan Zohiri menerima bay' al-'inah berdasarkan syarat-syarat tertentu, tetapi bagi mengelakkan isu yang tak berkesudahan, bank-bank Islam beransur-ansur beralih kepada model Tawarruq. Isu-isu syariah di dalam model bay' al-'inah ialah:
  1. Ianya menyerupai pinjaman wang versi konvensional yang mana wang yang diberi pinjam perlu dilangsaikan lebih dari nilai pinjaman. (Sebenarnya isu ini menyentuh semua produk bank secara keseluruhan, tidak terhad kepada bay' al-'inah sahaja).
  2. Praktik pihak bank yang tidak betul-betul mengamalkan bay' al-'inah seperti yang disyaratkan imam Asy-Syafi'i. Imam asy-Syafi'i meletakkan beberapa syarat untuk dikatakan bay' al-'inah itu halal. Jika iannya tidak dituruti, maka ianya menjadi haram.
Antara syarat yang digariskan oleh imam Asy-Syafi'i adalah:
  1. Tidak boleh dizahirkan niat untuk menjual semula.
  2. Tidak bertujuan untuk menghalalkan riba.
  3. Akad-akad yang terlibat mestilah terpisah dan tidak mengikat antara satu sama lain.
  4. Menepati syarat-syarat jualan biasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam