Kontrak-kontrak yang Terpakai Dalam Produk Kewangan Konvensional dan Islam

Pelbagai produk kewangan Islam telah wujud sekarang ini. Hampir kesemua produk yang wujud itu menyerupai produk kewangan konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari segi struktur dan kesan-kesannya.

Perbezaan itu wujud kerana kontrak-kontrak yang terpakai adalah berbeza antara produk Islamik dan produk konvensional.

Produk Kewangan Konvensional

Dalam produk kewangan konvensional, kontrak yang terpakai adalah pinjaman (loan). Prosesnya adalah bank memberi pinjam wang kepada peminjam (pelanggan), lalu peminjam perlu membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan (monthly installment) dengan jumlah pinjaman asal berserta faedah (interest).
Allah memusuhi pengamal riba samada pemberi dan penerima. Riba menyebabkan penghambaan.

Para ahli falsafah Yunani telah lama menolak riba.
Menurut Islam (bahkan menurut ajaran agama samawi yang lain i.e. Yahudi dan Kristian), faedah (bayaran lebih) yang dikenakan ke atas pinjaman adalah satu bentuk riba. Dalam bahasa arab dan istilah fiqh, riba jenis ini digelar riba al-fadhl (ربا الفضل).

Produk Kewangan Islam

Berbeza dengan produk kewangan konvensional, produk kewangan Islam tidak mengenakan riba dalam transaksinya. Walaupun produk Islamik menyerupai produk konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya di sana ada perbezaan yang besar antara keduanya. 

Secara ringkasnya, keuntungan yang diperoleh oleh institusi kewangan Islam adalah berasaskan konsep keuntungan atau perkongsian untung (dalam beberapa produk). Berikut adalah beberapa kontrak-kontrak utama yang digunapakai dalam produk kewangan Islam:

Kontrak Tukaran (Exchange-Based Contracts/عقد المعاوضات)

  1. Bay' Al-'Inah (بيع العينة) - Jual-beli semula/Sell and buy-back
  2. Bay' Al-Tawarruq (بيع التورق)
  3. Bay' Al-Salam (بيع السلم) - Jual dengan bayaran awal/Forward sale
  4. Bay' Al-Istisna' (بيع الاستصناع) - Jual tempah/Manufacturing order
  5. Bay' Al-Murabahah (بيع المرابحة) - Jualan dengan harga yang lebih tinggi/Mark-up sale
  6. Bay' Bi Thamanin Ajil (البيع بثمن آجل) - Jualan dengan bayaran tangguh/Deferred payment
  7. Bay' Al-Dayn (بيع الدين) - Jualan hutang/Sale of debt
  8. Bay' Al-Sorf (بيع الصرف) - Jualan matawang/Sale of currency/Money exchange
  9. Bay' Al-Ijarah (بيع الإجارة) - Jualan sewa/Leasing sale

Kontrak Perkongsian (Partnership Contracts/عقد المشاركة)

  1. Musyarakah (المشاركة) - Perkongsian/Syarikat/Partnership
  2. Mudharabah (المضاربة) - Pelaburan/Investment

Kontrak Kebajikan (Charitable Contracts)

  1. Hibah (الهبة) - Hadiah/Pemberian/Gift
  2. Wadi'ah (الوديعة) - Simpanan/Safe-keeping
  3. Rahn (الرهن) - Gadaian/Pawn-broking

Kontrak-kontrak Lain

  1. Kafalah (الكفالة) - Jaminan/Guarantee
  2. Wakalah (الوكالة) - Agensi/Agency
  3. Ibra' (الإبراء) - Rebat/Rebate
  4. Wa'd (الوعد) - Janji/Promise
Dalam satu-satu produk, institusi kewangan Islam mungkin menggabungkan beberapa jenis kontrak. Kesemua kontrak ini adalah terpisah dan tidak mengikat antara satu sama lain. Jika ianya mengikat, ianya akan membatalkan kontrak lain yang diikat itu. Ini kerana sesuatu kontrak itu mestilah bebas dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang tergantung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam