Channel Telegram perkongsian berkaitan Muamalat Islam

Baru-baru ini saya tubuhkan satu channel Telegram khusus bagi membincangkan tentang konsep, prinsip dan praktis muamalat Islam.




Tujuan channel ini ditubuhkan, antaranya:

  • Mempromosikan muamalat berasaskan Islam kepada golongan awam yang masih keliru dengan fiqh muamalat.
  • Menjawab kemusykilan yang wujud di kalangan golongan awam tentang muamalat Islam.
  • Memberi nilai tambah kepada diri  saya sendiri.
Niat saya perkongsian saya di Channel itu nanti boleh membantu mereka memahami muamalat Islam khususnya dalam industri perbankan Islam yang sedikit kompleks.

Memang saya akui dunia perbankan Islam ini terlalu banyak kontroversi dan pertikaian. Tapi saya sendiri secara peribadi menganggap kewujudan bank-bank Islam ini tetap merupakan satu jihad bagi menawarkan pembiayaan selari dengan aturan Islam.

Kaedah Fiqh yang saya sentiasa pegang dalam hal ini adalah:
ما لا يدرك كله لا يترك كله
Apa yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua.
dan
الحاجة العامة تنزل منزلة الضرورة
Hajat yang besar (dalam satu-satu komuniti/masyarakat) jatuh kepada hukum dharurat.
Saya yakin jika bank-bank Islam tidak diwujudkan, masyarakat akan pergi kepada bank-bank konvensional yang sangat jelas ribanya. Tidak ada ruang ijtihad dalam hal kewujudan riba dalam bank konvensional kerana ianya telah disepakati oleh ijmak.

Jemput pembaca untuk join channel telegram saya ini di https://telegram.me/IslamicFinance4Dummies 

 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam