Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Fatwa dan Qadha')

KEDUA: FATWA DAN QADHA'

Pengertian Fatwa:
Bahasa: diambil dari kata bahasa arab fata dan fatawa, dan ianya bermaksud menjelaskan, cth: dia memfatwakan sesuatu bermaksud dia menjelaskan sesuatu. Al-futiya dan al-fatwa pula adalah apa yang dijelaskan oleh mufti, atau jawapan bagi permasalah hukum yang dimusykilkan.
Istilah: apa yang dijelaskan oleh faqih (orang yang 'alim dalam fiqh) daripada hukum-hukum dan masalah-masalah yang ditanyakan, atau boleh juga dimaksudkan dengan hukum syara' yang diterangkan oleh faqih yang layak untuk menerangkan, untuk sesiapa yang bertanya, BUKAN dalam bentuk satu kemestian.

Pengertian Qadha'
Bahasa: hukum atau tuntutan, contoh: dia menqadha'kan bermaksud dia berhukum/dia menetapkan.
Istilah: peleraian sesuatu pergaduhan atau pemutusan sesuatu perebutan dalam bentuk yang khas (kes).

Perbezaan antara Fatwa dan Qadha'
Qadha' itu serupa dengan fatwa, di mana keduanya adalah 'menerangkan atau menzahirkan hukum syara', tetapi di sana terdapat beberapa perbezaan, iaitu:

  1. Dari segi tuntutan atau tiada tuntutan
    • (akan disambung kemudian)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam