Aris Ariwatan - Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu

Kau tempat ku berpayung

Di manakah lagi dapat ku rebahkan

Rasa gundah ini


Nun Kau teguh di sana

Pengasih dan penyayang

Pun ku masih terleka

Meneguk ihsanMu

Walau ku sedari


Oh... nyamannya

Bila diperlukan rinduMu

Mengimbaulah sentosa


Bentangkan ku permaidani

Dari baldu berwarna putih

Moga tak ku terasakan

Cubaan yang ku galas ini

Kepada Mu titianku

Hijrahkanlah diri ini

–––––––––––––––––––––––––

Entahlah apa yang aku rasa malam ni.

Selepas balik dari Kuliah maghrib di Masjid Lama Rantau Perintis, aku rasa banyaknya dosa yang aku buat.


Sampai di rumah, aku belek satu buku berkaitan ekonomi Islam. Tiada mood. Mungkin hati aku memberontak minta diisi.

Sudah lama aku tak isi hati aku dengan peringatan-peringatan. Aku lebih suka memberi makan pada aqal dan minda, hinggakan jiwa tak terisi.


Aku sedar hati aku terasa kosong. Tapi entah kenapa macam tiada usaha untuk aku imbangi antara makanan akal dan makanan rohani.


Malam ni, aku pasang lagu-lagu yang ada dalam iPad aku sambil cuba lelapkan mata. Aku harap hati aku ni akan sedikit tenang dengan dengar lagu-lagu yang mendayu. Aku tak pasang ayat Quran sebab aku mainkan secara random sahaja apa yang ada dalam iPad.


Tup-tup jam pukul 2, aku tersedar dari tidur. Lagu Aris Ariwatan ni sedang on play. Hati aku terasa tenang dengar lagu ni. Entah kenapa. Jadi, aku pun nak kongsi dengan sahabat sekalian lirik lagu ni. Memang mendamaikan dengar seorang-seorang di hening malam. Lepas lagu ni habis, iPad aku mainkan bacaan Al-Quran. Oh, aku rasa nak menangis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam