Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lirik

Lirik: Ukhuwwah Fillah

Imej
Kau tempuhi ranjau perjuangan Kau hadapi dengan penuh tabah Namun hati dibalut kesunyian Keseorangan meniti haluan
Ooooo..... Kerana cintakan Yang Esa Kini kita dipertemukan Pautan kasih dalam rahmat-Nya Tersimpul indah persahabatan ini
Kadang terguris tika bersama Mengajar erti sebuah persahabatan Mengenal makna menyemai ukhuwwah Pahit dan manis dirasa bersama
#: 'Kan terbinalah ukhuwah fillah Pabila iman subur di jiwa Iringan doa dan harapan Bekalan meraih cinta hakiki
Oh indahnya pabila semua kerana-Nya
Hanya takdir bisa menentukan Jalinan ini apa 'kan terhenti Namun hakikat pada-Mu Tuhan Moga dikekalkan ukhuwwah fillah Agar bersemi selamanya Agar bersemi... selamanya.

Huffaz Voice - Laungan Jihad

Imej
Dilarik tembok besar China Hadir segerombolan perwira Putera puteri bersatu tenaga Menghadapi musuh yang durjana
Merentasi denai dan muara Bertunjangkan azam yang membara Usaha jaya disemai di jiwa Kelak hidup kita diredhai-Nya
Maruah Islam harus dibela Tatkala sinarnya meniti usia Janji Tuhan pasti terlaksana Menanti insan berdarjat mulia
Laungan syahadah bergema membakar semangat jihad Berjihad membawa risalah yang amat bermakna Jalinkan ukhuwwah sesama insan dan seagama Agar syiar Islam dijulang di serata dunia
Marilah bersama berganding tenaga Membasmi segala sifat yang tercela Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan
Islam pasti jaya Islam pasti jaya Islam pasti… Islam pasti… Islam pasti… Jaya