Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cerpen

Saya Malu Nak Jadi Baik

Imej
"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor," "Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit," "Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila ak…

Sinar Perubahan

Imej
"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud. Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat. Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar. Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut. "Tolong diam semua!" Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mulut us…