Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Kad SPMM: Potongan Harga Barangan Optometrik

Imej
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan Kad Sahabat SPMM. Kad ini mempunyai pelbagai faedah antaranya potongan harga bagi barangan terpilih. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Daftar sebagai Sahabat SPMM dan dapatkan Kad Sahabat dengan harga RM3. Jumpa di booth SPMM pada C-fest esok.

KJ Method: Teknik Penulisan Moden

Imej
Antara perkara yg membantutkan niat seseorang untuk menulis adalah tidak tahu mahu memulakan muqaddimah atau pendahuluan itu. Ideanya sudah ada tetapi untuk membangkitkan isu itu menjadi satu cabaran yang besar untuk penulis.Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Bengkel Penulisan bersama bekas YDP MPP USIM, ustaz Hariri bin Daud. Ustaz Hariri selalu menulis dan tulisannya selalu sahaja dipaparkan di surat khabar. Kagum dengan kemampuan ustaz Hariri, tetapi yg lebih menjadi perhatian adalah bagaimana ustaz Hariri boleh segagah itu untuk menulis dan terus menulis, sedangkan kami masih kebuntuan mencari ayat pendahuluan yang terbaik setiap kali mahu mula menulis.Untuk menulis, keazaman yang jitu perlu wujud. Tidak cukup sekadar hangat-hangat tahi ayam. Momentum perlu dibina agar kita tidak terhenti setakat satu dan dua tulisan.Penulis juga perlu mempunyai teknik agar idea yang ingin disampaikan jelas difahami oleh pembaca. Tidak merelet-relet lari daripada tajuk.Memperkenalkan KJ MethodA…