Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kewangan Islam

Channel Telegram perkongsian berkaitan Muamalat Islam

Imej
Baru-baru ini saya tubuhkan satu channel Telegram khusus bagi membincangkan tentang konsep, prinsip dan praktis muamalat Islam.




Tujuan channel ini ditubuhkan, antaranya:

Mempromosikan muamalat berasaskan Islam kepada golongan awam yang masih keliru dengan fiqh muamalat.Menjawab kemusykilan yang wujud di kalangan golongan awam tentang muamalat Islam.Memberi nilai tambah kepada diri  saya sendiri. Niat saya perkongsian saya di Channel itu nanti boleh membantu mereka memahami muamalat Islam khususnya dalam industri perbankan Islam yang sedikit kompleks.
Memang saya akui dunia perbankan Islam ini terlalu banyak kontroversi dan pertikaian. Tapi saya sendiri secara peribadi menganggap kewujudan bank-bank Islam ini tetap merupakan satu jihad bagi menawarkan pembiayaan selari dengan aturan Islam.
Kaedah Fiqh yang saya sentiasa pegang dalam hal ini adalah: ما لا يدرك كله لا يترك كله Apa yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua. dan
الحاجة العامة تنزل منزلة الضرورة Hajat yang besar (d…

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

Imej
Peratusan pelanggan bank-bank Islam yang tidak beragama Islam (non-Muslim) adalah mengatasi pelanggan Islam di Malaysia.
Fakta ini tidak hanya rumors, sebaliknya merupakan fakta rasmi yang dikeluarkan oleh ramai penganalisis.
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya dalam Forum Ekonomi Islam ke-11 berkata bahawa lebih ramai non-Muslim berbanding Muslim di Malaysia yang menjadi pelanggan kepada perbankan Islam, menjadi bukti bahawa ianya semakin diterima dan disokong secara global. 


Tidakkah kita pelik mengapa non-Muslim semakin menerima kewangan dan ekonomi Islam?

Kewangan Islam mula menerima sambutan daripada non-Muslim secara drastik di peringkat global ketika berlakunya krisis kewangan global 2008.
Krisis kewangan yang berlaku ketika itu yang banyak mempengaruhi sektor pasaran bon dan perbankan memaksa para pelabur untuk mencari satu bentuk sistem ekonomi yang lebih stabil dan asli (genuine).

Dalam sistem ekonomi konvensional, spekulasi sangat mudah berlaku. M…

Kewangan Islam: Sensitiviti Umat Islam di Tahap Mana?

Imej
Kekeliruan masharakat terhadap industri kewangan dan perbankan Islam tidak hanya melanda golongan bukan Islam, sebaliknya turut melanda umat Islam.

Tidak hanya orang-orang kampung, bahkan golongan terpelajar, golongan elit, pemegang PhD dan master, mahupun profesor di Universiti turut menghadapi masalah yang sama iaitu gagal memahami kewangan Islam dengan baik.

Persoalan atau isu terbesar yang wujud adalah dakwaan mereka bahawa perbankan Islam adalah sama dengan perbankan konvensional. Dakwaan ini turut ditambah dengan tuduhan bahawa bank-bank Islam tidak melakukan apa-apa perubahan dari bank konvensional melainkan menjenamakan produk bank dengan nama-nama yang lebih berbunyi Arab.

Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal memahami keperluan kewujudan bank-bank Islam dalam sistem ekonomi negara. Penubuhan bank bagi mereka adalah haram dan tidak syarie, jadi pergilah pada mana-mana bank sekali pun tetap sama dan tiada beza.

Kesannya, mereka memilih untuk ke bank konvensiona…

Pengenalan Bay' Al-'Inah

Imej
Kontrak Yang Digunakan Antara kontrak-kontrak asas yang digunakan dalam bay' al-'inah adalah: Bay' Al-Wadi'ahAl-Bay' bi Thamanin Ajil / Deferred payment saleAl-Wa'd / Promise Proses Proses bagi menjalankan bay' al-'inah sangat mudah difahami. Berikut adalah contoh pelaksanaan bay' al-'inah:
Pelanggan memohon kepada bank untuk membeli satu barang dan berjanji akan menjualnya kembali. (Proses permohonan)Bank menjual satu komoditi kepada Pelanggan A dengan harga RM10 ribu secara ansuran. (Kontrak 1)Selepas beberapa ketika (boleh jadi beberapa saat), pelanggan menjual balik komiditi tadi kepada bank dengan harga yang lebih murah (bay' al-wadi'ah) e.g. RM8 ribu secara tunai kepada bank. (Kontrak 2)Pelanggan membayar hutang kepada bank secara ansuran bulanan. (Proses pembayaran) Kesannya: Pelanggan berhutang kepada bank sebanyak RM10 ribu hasil jualan komoditi daripada bank kepada Pelanggan (Kontrak 1).Pelanggan dapat wang tunai RM8 ribu yang di…

Kontrak-kontrak yang Terpakai Dalam Produk Kewangan Konvensional dan Islam

Imej
Pelbagai produk kewangan Islam telah wujud sekarang ini. Hampir kesemua produk yang wujud itu menyerupai produk kewangan konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari segi struktur dan kesan-kesannya.

Perbezaan itu wujud kerana kontrak-kontrak yang terpakai adalah berbeza antara produk Islamik dan produk konvensional.
Produk Kewangan Konvensional Dalam produk kewangan konvensional, kontrak yang terpakai adalah pinjaman (loan). Prosesnya adalah bank memberi pinjam wang kepada peminjam (pelanggan), lalu peminjam perlu membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan (monthly installment) dengan jumlah pinjaman asal berserta faedah (interest).

Menurut Islam (bahkan menurut ajaran agama samawi yang lain i.e. Yahudi dan Kristian), faedah (bayaran lebih) yang dikenakan ke atas pinjaman adalah satu bentuk riba. Dalam bahasa arab dan istilah fiqh, riba jenis ini digelar riba al-fadhl (ربا الفضل).
Produk Kewangan Islam Berbeza dengan produk kewangan konvensio…