Catatan

Fungsi Kalkulator Biasa Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej
Sejak GST dilaksanakan, saya rasa ramai orang sudah mulakan langkah penjimatan. Kalau anda tidak mula berjimat, maknanya anda memang kebal dengan GST. Saya dan isteri pun sama sudah mulakan langkah penjimatan. Antara langkah yang kami ambil mula-mula adalah beli kalkulator. Kalkulator yang saya beli tak mahal mana pun, hanyalah bernilai RM4.50 beli dari Mydin. Cukuplah untuk fungsi asas untuk membantu saya dan isteri membeli dengan lebih berhemah. Waktu saya demo penggunaan kalkulator pada isteri saya, isteri saya tak tahu beberapa teknik penggunaan kalkulator ini yang sangat mudah dan membantu membuat perkiraan untuk membeli-belah. Saya ini pun tahu sebab dahulu berpengalaman membantu abah saya meniaga jual ikan dan sayur pagi-pagi. Asas kalkulator ini memang biasanya dikuasai oleh para peniaga. Ok, sekarang saya nak kongsikan beberapa teknik penggunaan kalkulator yang tak ramai orang tahu/ tak manfaatkan. 1.        Kalkulator asas biasanya dilengkapi dengan fungsi memori.

Kewangan Islam: Sensitiviti Umat Islam di Tahap Mana?

Imej
Kekeliruan masharakat terhadap industri kewangan dan perbankan Islam tidak hanya melanda golongan bukan Islam, sebaliknya turut melanda umat Islam. Tidak hanya orang-orang kampung, bahkan golongan terpelajar, golongan elit, pemegang PhD dan master, mahupun profesor di Universiti turut menghadapi masalah yang sama iaitu gagal memahami kewangan Islam dengan baik. Persoalan atau isu terbesar yang wujud adalah dakwaan mereka bahawa perbankan Islam adalah sama dengan perbankan konvensional. Dakwaan ini turut ditambah dengan tuduhan bahawa bank-bank Islam tidak melakukan apa-apa perubahan dari bank konvensional melainkan menjenamakan produk bank dengan nama-nama yang lebih berbunyi Arab. Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal memahami keperluan kewujudan bank-bank Islam dalam sistem ekonomi negara. Penubuhan bank bagi mereka adalah haram dan tidak syarie, jadi pergilah pada mana-mana bank sekali pun tetap sama dan tiada beza. Kesannya, mereka memilih untuk ke bank ko

Perjalanan Menuju Impian - Jutawan Internet in making

Imej
Alhamdulillah bisnes makin maju. Hehe. Bisnes apa tu? Tiba-tiba terjebak pula dalam bisnes internet. Tak pernah-pernah pasang impian untuk jadi seorang web developer. Sekarang dah ada beberapa syarikat minta buatkan laman web untuk syarikat mereka. Almaklumlah di zaman yang serba canggih ini, mana-mana bisnes yang tidak ada laman web sendiri, mereka sudah hilang 70% daripada prospek mereka. Apa tidaknya. Kalau tanpa internet, prospek pelanggan mereka hanyalah dalam lingkungan kejiranan dan penempatan mereka sahaja. Tetapi dengan internet, mereka boleh melebarkan sayap mereka ke seluruh dunia. Macamana boleh tiba-tiba terlibat dengan bisnes bina laman web ni? Semuanya bermula dengan kursus ko-kurikulum Pembangunan Laman Maya yang saya masuk sewaktu di Tahun 1 USIM. Dari situ tercetus minat. Tapi hanya minat-minat sahaja. Saya ni memang suka explore benda-benda yang baru. Tapi kemudian cepat jugalah hilang minatnya. Actually, sikap begini tak bagus. Betul kita akan cep

Tukar Tayar Baru MyVi SXi

Imej
Fuhh, tayar sudah mahu kena tukar. Tayar belakang sudah kembang-kembang bengkak-bengkak. Bahana hari-hari jalan ikut jalan lori, tayar keretaku mahu ditukar. Kena tukar juga kalau tak malang yang menimpa. Ingat! Malang tak berbau. Ada sejenis malang sahaja yang berbau iaitu...?? Hehe. Ok, kali ni tukar tayar depan sahaja sebab tayar belakang masih boleh guna, walaupun hakikatnya teruk juga. Tapi dah kekeringan wang, apa boleh buat. Sebelum pergi tukar tayar, Google dulu kedai mana ok dan dapat review yang meyakinkan. Jadi selepas operasi Google, maka terpilihlah "Kedai Tayar Temin" di Temin, Jerantut Pahang. Kedai ini diusahakan oleh seorang lelaki Bumiputera. Bukan tak mahu ke kedai Cina, tapi orang kata: Kalau nak servis murah, pergi kedai melayu. Kalau nak barang murah, pergi kedai Cina. Ok, nampak tak hak keadilan samarata kat situ? Hehe. Saya ambil tayar saiz 14 jenama  sebab itu yang sesuai dan biasa untuk Perodua MyVi. Percuma kepala tiub. Berapa

Pengenalan Bay' Al-'Inah

Imej
Kontrak Yang Digunakan Antara kontrak-kontrak asas yang digunakan dalam bay' al-'inah adalah: Bay' Al-Wadi'ah Al-Bay' bi Thamanin Ajil / Deferred payment sale Al-Wa'd / Promise Proses Proses bagi menjalankan bay' al-'inah sangat mudah difahami. Berikut adalah contoh pelaksanaan bay' al-'inah: Pelanggan memohon kepada bank untuk membeli satu barang dan berjanji akan menjualnya kembali. (Proses permohonan) Bank menjual satu komoditi kepada Pelanggan A dengan harga RM10 ribu secara ansuran. (Kontrak 1) Selepas beberapa ketika (boleh jadi beberapa saat), pelanggan menjual balik komiditi tadi kepada bank dengan harga yang lebih murah (bay' al-wadi'ah) e.g. RM8 ribu secara tunai kepada bank. (Kontrak 2) Pelanggan membayar hutang kepada bank secara ansuran bulanan. (Proses pembayaran) Kesannya: Pelanggan berhutang kepada bank sebanyak RM10 ribu hasil jualan komoditi daripada bank kepada Pelanggan (Kontrak 1). Pelangga

Kontrak-kontrak yang Terpakai Dalam Produk Kewangan Konvensional dan Islam

Imej
Pelbagai produk kewangan Islam telah wujud sekarang ini. Hampir kesemua produk yang wujud itu menyerupai produk kewangan konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari segi struktur dan kesan-kesannya. Perbezaan itu wujud kerana kontrak-kontrak yang terpakai adalah berbeza antara produk Islamik dan produk konvensional. Produk Kewangan Konvensional Dalam produk kewangan konvensional, kontrak yang terpakai adalah pinjaman ( loan ) . Prosesnya adalah bank memberi pinjam wang kepada peminjam (pelanggan), lalu peminjam perlu membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan ( monthly installment ) dengan jumlah pinjaman asal berserta faedah ( interest). Allah memusuhi pengamal riba samada pemberi dan penerima. Riba menyebabkan penghambaan. Para ahli falsafah Yunani telah lama menolak riba. Menurut Islam (bahkan menurut ajaran agama samawi  yang lain i.e. Yahudi dan Kristian), faedah (bayaran lebih) yang dikenakan ke atas pinjaman adalah satu

Khidmat Mengajar Alquran dan/atau Bahasa Arab di Jerantut

Imej
Saya merupakan lepasan diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2009-2012) dan pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Universiti Sains Islam Malaysia (2012-sekarang). Saya sedang dalam cuti semester (Julai-Ogos). Saya menawarkan perkhidmatan mengajar al-Quran dan/atau Bahasa Arab bagi sesiapa yang berminat. AL-QURAN: - Iqra' - Tajwid - Tilawah - Hafazan BAHASA ARAB: - Nahwu - Sorof - Balaghah - PMR/SPM/STAM/dan lain-lain. Saya menetap di FELDA Kota Gelanggi 1 (rumah mertua) / di Jengka 17 (rumah mak abah kandung). Saya sedia untuk mengajar di kawasan berhampiran. Bayaran boleh dirunding (selepas diambil kira kos). Insya-Allah kita sama-sama beroleh manfaat. Sesiapa berminat boleh hubungi saya di no 0145102864 (SMS/Whatsapp). Terima kasih.