Kisah Malam Pertama, yang Dahsyat!


Assalamualaikum

Untuk semua ,
Pada suatu masa kita pasti di risik
Pertunangan sejak azali

Di hujung hidup nanti
Berlangsungnya perkahwinan dengan maut
Hantarannya sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan esok tangisan

Pengantin di mandikan
Di pakaikan baju yang cantik putih bersih
Wangian gaharu dan cendana
Keranda di jadi kan pelamin
Pengantin bersanding sendirian

Di arak keliling kampung
Berkompangkan azan dan kalimah kudus
Akad nikahnya bacaan talkin
Berwalikan liang lahad

Bersaksikan batu-batu nisan
Siraman air mawar
Keluarga terdekat menepung tawar
Tiba masa pengantin menunggu sendirian

Malam pertama bersama kekasih
Di kamar bertilamkan tanah
Dan dia menuntut janji
Sucikah kita tatkala berpadu?

Pernahkah taubat sepanjang hayat?
Engkau terkubur bersama dosa-dosa
Dan dia kekasih itu ..menetap kan diri mu ke syurga
Atau melemparkan dirimu ke neraka

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Pengenalan Bay' Al-'Inah