Lamanya! Apa nak buat lama sangat?

LAMA ATAU SEKEJAP?

Hidup ini tak lama, isilah ia dengan kebaikan.

"60 tahun tak lama ke?", mula la ada orang pertikai. "Zaman muda sekali je... enjoy la...".

Lama atau sebentar itu adalah sesuatu yang bersifat nisbi. Kalau makan nasik lemak ambik masa sejam, ianya dikira 'lama'. Tetapi kalau melancong ke Jepun dalam masa sehari, ianya dikira 'sebentar' atau 'sekejap'.

Orang yang hatinya dipenuhi cahaya iman, akan lihat kehidupan di dunia ni sekejap sahaja. Sebab apa? Sebab mereka menisbikan / menyandarkan / membandingkan kehidupan di dunia ini dengan kehidupan di akhirat.

Tapi kalau mereka yang cintakan dunia, kehidupan di dunia ini dirasakan lama dan seolah-olahnya kekal selamanya. Maka mereka pun menikmati dunia ini sepuasnya, dengan menyangka bahawa masih sempat untuk bertaubat sebelum mati... KERANA disangka nyawanya masih lama boleh bertahan.

Cintakan dunia IBU kepada semua kerosakan. (Hadith)


P/s: Jika kita rasakan solat 5 minit itu lama, maka masih ada cinta dunia dalam diri.



KITA ENJOY!
"Apa nak buat dalam kehidupan yang sekejap sahaja ini? Takkan tidak boleh enjoy langsung? Takkan nak jadi malaikat?"

Bukan tidak boleh enjoy langsung. Tapi dalam enjoy kena beringat, yang ada kehidupan yang lebih lama dari kehidupan di dunia. Di situ, enjoy lebih puas, malah tiada istilah puas! Enjoy-seenjoynya (maaf rojak bahasa)... Tidak akan puas untuk enjoy di syurga.

Tapi enjoy di akhirat hanya untuk orang beriman. Asal ada iman sahaja, maka kita berpeluang untuk enjoy di akhirat nanti.

P/s: Ingatlah sabda nabi:
 "Beramallah untuk DUNIA mu seolah-olah kamu kekal selamanya, beramallah untuk AKHIRAT mu seolah-olah kamu akan mati esok hari.


BERAPA LAMA DUNIA INI?

يوم كان مقداره ألف سنة مما تعدون
"Harinya berqadar 1000 tahun sebagaimana yang kamu hitung (hari ini)" -assajadah ayat 5-
Sehari di akhirat macam 1000 tahun di dunia! Subhanallah!
Wau! Lamanya... 
Ha, baru tahu lama tak lama di akhirat nanti.
Kalau sehari akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Dah tu berapa lama kita di dunia kalau mengikut jam akhirat? Mari kita kira...

1000 tahun dunia = 1 hari akhirat (24 jam akhirat)
100 tahun dunia = 0.1 hari akhirat (2.4 jam akhirat)

Range umur umat Muhammad sebagaimana dalam hadith adalah antara 60~70 tahun.
Jadi,
60 tahun dunia = 3/5 x 0.1 hari akhirat = 3/5 x 2.4 jam akhirat = ~1 jam setengah akhirat.
Maka, hidup di dunia ini hanyalah 1jam 30 minit akhirat (lebih kurang)!


P/s: 1 jam 30 minit satu game bola sepak pun tak sempat habis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Pengenalan Bay' Al-'Inah