Menggapai Syurga Dunia
Carilah syurga dunia. Barangsiapa mendapat syurga dunia, besar harapannya untuk mendapatkan syurga akhirat. Benar! Di dunia lagi sudah ada syurga. Syurga ini ALLAH segerakan di dunia lagi. Dan syurga ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin. Apakah syurga itu? Syurga itu ada dalam diri manusia. Syurga itu adalah KETENANGAN. Ketenangan jiwa adalah impian semua manusia. Baik orang tua, muda, kaya, miskin, di desa, di kota, lelaki mahupun perempuan, semuanya inginkan ketenangan jiwa. Kekayaan? Tidak... Tidak semua orang sukakan kekayaan, apatah lagi kemiskinan dan kepapaan. Ada orang yang tidak inginkan kekayaan pun. Contohnya Abdul Rahman bin Auf R.H. Beliau tidak inginkan kekayaan, tetapi kekayaan itu yang inginkan beliau. Beliau rasa gerun dengan kekayaan yang ada di tangannya, kerana nabi pernah memberitahu bahawa orang kaya = lama masa penghitungannya di akhirat nanti. Jarak masa antara orang kaya dan miskin adalah setengah hari akhirat. Berapa lama tu? Satu hari akh