Kalut Sangat!




Cepat2...! Siapa lambat tak dapat!


Berbondong-bondong manusia 'melawat' pasaraya-pasaraya setiap kali ada sale, terutamanya kaum wanita. Maka, sang suami pun terpaksalah menuruti langkah para isteri membeli-belah. Anak-anak pun seolah-olah hilang tali untuk bergantung,dek sebab ibunya sedang sibuk membeli-belah.

Year-End-Sale (YES) kembali lagi. Gudang-gudang perabot dan pakaian serta pasaraya-pasaraya mula menurunkan harga untuk menghabiskan stok tahun ini. Maka terpampanglah di surat khabar, tv, dan merata-merata tentang penurunan harga ini.

Manusia mula berebut-rebut. Untuk memastikan tidak kelewatan. Jika tidak, kerugian nanti.

Teingat saya ketika di sepuluh hari terakhir Ramadhan yang lalu, begitulah suasananya. Masjid-masjid kian kosong. Manusia berebut-rebut ke pasaraya.

Mengapa ya? Tidakkah mereka dapat melihat ganjaran pahala? Apa yang nampak adalah turun harga, 70%, 80%, 90%. Mujur tiada diskaun 100% (kalau ada, beritahu saya di mana..hehe.) Sedangkan sepuluh hari terakhir Ramadhan adalah waktu datangnya lailatul qadr yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Pernah juga saya ke pasaraya ketika waktu maghrib untuk mendapatkan barang2 dan peralatan2 program persatuan - masa terdesak. Masya-ALLAH! Ramainya tak kurang hebatnya. Kadang-kadang datang dengan keluarga. Saya cuba husnuzzon. Mungkin terdesak juga macam saya. Hmm, ramai sungguh orang terdesak di dunia ni ya...

Kenapa kita tidak dapat melihat nilai pahala mengikuti majlis-majlis ilmu yang diadakan ketika maghrib?

Firman ALLAH: خلق الإنسان من أجل

Maksudnya: Diciptakan manusia itu dengan sifat tergesa-gesa.

Pahala adalah perkara yang hebat tetapi ia tidak dapat segera. Ia ditangguhkan di akhirat kelak. Kemewahan dunia ini datang segera, kita dapat dengan mata kita sendiri.

Kerana pahala ditangguhkan, maka kita tidak percaya (baca: yakin) kewujudannya. Begitu juga dengan syurga dan neraka. Kalau boleh kita nak pahala-pahala kita datang depan mata, nak segera lihat.

Kalut sungguh!

P/s: Bersabarlah, ALLAH sedang uji keimanan kita. Ujiannya adalah "Adakah kita yakin dengan janji-janji ALLAH?".....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Pengenalan Bay' Al-'Inah