Catatan

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Fatwa dan Qadha')

KEDUA: FATWA DAN QADHA' Pengertian Fatwa: Bahasa: diambil dari kata bahasa arab fata dan fatawa , dan ianya bermaksud menjelaskan , cth: dia memfatwakan sesuatu bermaksud dia menjelaskan sesuatu . Al-futiya  dan al-fatwa  pula adalah apa yang dijelaskan oleh muft i, atau jawapan bagi permasalah hukum yang dimusykilkan . Istilah: apa yang dijelaskan oleh faqih (orang yang 'alim dalam fiqh) daripada hukum-hukum dan masalah-masalah yang ditanyakan,  atau boleh juga dimaksudkan dengan hukum syara' yang diterangkan oleh faqih yang layak untuk menerangkan, untuk sesiapa yang bertanya, BUKAN dalam bentuk satu kemestian . Pengertian Qadha' Bahasa: hukum atau tuntutan , contoh: dia menqadha'kan bermaksud dia berhukum/dia menetapkan . Istilah: peleraian sesuatu pergaduhan atau pemutusan sesuatu perebutan   dalam bentuk yang khas (kes) . Perbezaan antara Fatwa dan Qadha' Qadha' itu serupa dengan fatwa, di mana keduanya adalah 'menerangkan atau menzahirka

Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)

Imej
PERTAMA: SYARIAH DAN FIQH Pengertian Syariah: Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada  bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW). Pengertian Fiqh: Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci. Keistimewaan Syariah Islamiah: Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya: Dari Allah Prinsip-prinsipnya dan hukum-hukumnya sunyi (terpelihara) dari kecacatan, kekurangan dan pengaruh hawa nafsu. Syariat hadir dengan prinsip kesamaan antara semua manusia (tidak ada sesiapa di atas syariat). Hukum-hukumnya memiliki haibah (kehebatan) dan ihtiram (kemuliaan) dalam jiwa setiap yang beriman dengan syariat Allah. Balasan (pelanggaran) syariat bersifat duniawi dan ukhrawi Bala

Kemasukan bagi bulan Jun kini dibuka.

Imej

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Imej
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar. Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa i

Apa Guna?

Imej
Apa guna bertilam empuk, kalau mata tidak mengantuk.  Biar baring di tepi dapur, tapi tidur nyenyak berdengkur.  Apa guna gaji banyak, kalau barang naik mendadak.  Biar saja gaji rendah, tapi barang harganya murah.  Apa guna suami tampan, kalau perangai macam syaitan.  Biar rupa hodoh, tapi tidak bodoh.  Apa guna suami ada, tapi tak bagi nafkah dan tak kerja.  Biar hidup seorang, nak buat apa tak siapa yang larang.  Apa guna isteri cantik, kalau akal tidak cerdik.  Biar rupa tidak menawan, tapi baik hati di dalam.  Apa guna banyak isteri, makan pakai urus sendiri.  Biar isteri seorang saja, makan pakai sudah tersedia.  Apa guna anak ramai, kalau amanah tak tertunai.  Biar anak sedikit, tapi beriman dan cerdik.  Apa guna kenduri besar-besaran, kalau kahwin hanya sebulan.  Biar kenduri sekadar saja, tapi jodoh kekal bahagia.  Apa guna lauk banyak, kalau semua tidak enak.  Biar la

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu. SESIAPA sahaja yang ALLAH inginkan kebaikan padanya, PASTI akan diberi faham akan agama. (Hadith Muttafaq 'Alaih) Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..." Kenapa ada lafaz "je"?? Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa renda

Menggapai Syurga Dunia

Carilah syurga dunia. Barangsiapa mendapat syurga dunia, besar harapannya untuk mendapatkan syurga akhirat. Benar! Di dunia lagi sudah ada syurga. Syurga ini ALLAH segerakan di dunia lagi. Dan syurga ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin. Apakah syurga itu? Syurga itu ada dalam diri manusia. Syurga itu adalah KETENANGAN. Ketenangan jiwa adalah impian semua manusia. Baik orang tua, muda, kaya, miskin, di desa, di kota, lelaki mahupun perempuan, semuanya inginkan ketenangan jiwa. Kekayaan? Tidak... Tidak semua orang sukakan kekayaan, apatah lagi kemiskinan dan kepapaan. Ada orang yang tidak inginkan kekayaan pun. Contohnya Abdul Rahman bin Auf R.H. Beliau tidak inginkan kekayaan, tetapi kekayaan itu yang inginkan beliau. Beliau rasa gerun dengan kekayaan yang ada di tangannya, kerana nabi pernah memberitahu bahawa orang kaya = lama masa penghitungannya di akhirat nanti. Jarak masa antara orang kaya dan miskin adalah setengah hari akhirat. Berapa lama tu? Satu hari akh