Tips Berbelanja Cara Orang 'Kaya'

•    Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.
•    Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.
•    Jangan membawa wang yang berlebihan daripada
 anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
•    Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
•    Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.
•    Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
•    Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.
•    Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.
•    Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.
•    Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.
•    Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.
•    Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.
•    Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam