Peluang Belajar di Saudi dalam bidang profesional dan agama

Logo Univ Imam Muhammad
Hari ini Maahad Tahfiz Negeri Pahang didatangi oleh tetamu istimewa dari Saudi Arabia, salah seorang rektor Univ Imam Muhammad, Prof Sulaiman. Beliau dalam rangka kerja menghadiri Konvensyen Pengajian Islam Tinggi Antarabangsa di Kompleks Yayasan Pahang. Sempena itu, Maahad Tahfiz berbesar hati menjemput beliau untuk mempromosikan Univ Imam Muhammad kepada para pelajar.


  1. Universiti Imam Muhammad terletak di Riyadh, ibu negara bagi Saudi.
  2. Ianya menyediakan pengajian di bidang agama dan pengajian bidang profesional kepada semua pelajar dari semua negara kecuali dalam bidag perubatan. Bidang perubatan hanya untuk pelajar tempatan Saudi.
  3. Semua pelajar automatik mendapat biasiswa kerajaan Saudi sebagaimana yang ditawarkan oleh mana-mana universiti di Saudi. Saudi merupakan satu-satunya negara yang menawarkan biasiswa kepada semua pelajar tempatan dan pelajar dari luar Saudi.
  4. Butiran bantuan biasiswa adalah seperti berikut:
    1. Elaun bulanan bernilai RS1000. RS1 = RM0.83 lebih kurang. Jadi, pandai-pandailah kira ya. :)
    2. Tiket pergi dan balik ke negara pelajar pada setiap tahun sewaktu cuti musim panas.
    3. Tiket pergi dan balik jika berlaku kecemasan seperti kematian ibu bapa.
    4. Kemudahan perubatan percuma.
    5. Kemudahan tempat tinggal kepada semua pelajar samada bujang atau berkahwin. Bagi pelajar berkahwin, akan mendapat elaun tempat tinggal.
    6. Dan lain-lain.
  5. Syarat kemasukan ke universiti Imam Muhammad:
    1. Memiliki sijil di periingkat menengah; dalam konteks Malaysia adalah SPM.
    2. Lulus temuduga.
  6. Temuduga akan diadakan di Saudi dan negara asal pemohon (negara-negara yang terpilih).
Pintu gerbang Univ Imam Muhammad

Itu sahaja maklumat yang saya ingat :P. Buat masa ini, Prof Sulaiman berjanji akan mewakilkan Pengarah MTNP, Dato' Zulkifle bin Haji Ali untuk mengedarkan borang-borang kepada mereka yang berminat. Wallahu a'lam.
Suasana yang mendamaikan.
Untuk makluman tambahan, rujuk laman web rasmi universiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam