Catatan

Kontrak-kontrak yang Terpakai Dalam Produk Kewangan Konvensional dan Islam

Imej
Pelbagai produk kewangan Islam telah wujud sekarang ini. Hampir kesemua produk yang wujud itu menyerupai produk kewangan konvensional dari segi rupa dan fungsi, tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari segi struktur dan kesan-kesannya. Perbezaan itu wujud kerana kontrak-kontrak yang terpakai adalah berbeza antara produk Islamik dan produk konvensional. Produk Kewangan Konvensional Dalam produk kewangan konvensional, kontrak yang terpakai adalah pinjaman ( loan ) . Prosesnya adalah bank memberi pinjam wang kepada peminjam (pelanggan), lalu peminjam perlu membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan ( monthly installment ) dengan jumlah pinjaman asal berserta faedah ( interest). Allah memusuhi pengamal riba samada pemberi dan penerima. Riba menyebabkan penghambaan. Para ahli falsafah Yunani telah lama menolak riba. Menurut Islam (bahkan menurut ajaran agama samawi  yang lain i.e. Yahudi dan Kristian), faedah (bayaran lebih) yang dikenakan ke atas pinjaman adalah satu

Khidmat Mengajar Alquran dan/atau Bahasa Arab di Jerantut

Imej
Saya merupakan lepasan diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang (2009-2012) dan pelajar Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa Universiti Sains Islam Malaysia (2012-sekarang). Saya sedang dalam cuti semester (Julai-Ogos). Saya menawarkan perkhidmatan mengajar al-Quran dan/atau Bahasa Arab bagi sesiapa yang berminat. AL-QURAN: - Iqra' - Tajwid - Tilawah - Hafazan BAHASA ARAB: - Nahwu - Sorof - Balaghah - PMR/SPM/STAM/dan lain-lain. Saya menetap di FELDA Kota Gelanggi 1 (rumah mertua) / di Jengka 17 (rumah mak abah kandung). Saya sedia untuk mengajar di kawasan berhampiran. Bayaran boleh dirunding (selepas diambil kira kos). Insya-Allah kita sama-sama beroleh manfaat. Sesiapa berminat boleh hubungi saya di no 0145102864 (SMS/Whatsapp). Terima kasih.