Lirik: Ukhuwwah Fillah



Kau tempuhi ranjau perjuangan
Kau hadapi dengan penuh tabah
Namun hati dibalut kesunyian
Keseorangan meniti haluan

Ooooo.....
Kerana cintakan Yang Esa
Kini kita dipertemukan
Pautan kasih dalam rahmat-Nya
Tersimpul indah persahabatan ini

Kadang terguris tika bersama
Mengajar erti sebuah persahabatan
Mengenal makna menyemai ukhuwwah
Pahit dan manis dirasa bersama

#:
'Kan terbinalah ukhuwah fillah
Pabila iman subur di jiwa
Iringan doa dan harapan
Bekalan meraih cinta hakiki

Oh indahnya pabila semua kerana-Nya

Hanya takdir bisa menentukan
Jalinan ini apa 'kan terhenti
Namun hakikat pada-Mu Tuhan
Moga dikekalkan ukhuwwah fillah
Agar bersemi selamanya
Agar bersemi... selamanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam