Catatan

Saya Malu Nak Jadi Baik

Imej
"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor," "Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit," "Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila a

Cabaran Menulis

Imej
Ada seseorang mencadangkan saya menulis untuk cari side income. Tulis cerpen, puisi atau sebarang karya tulisan dan hantarkan kepada DBP untuk dapat royalti... Masalahnya, diri ini tidak punya semangat yang kuat untuk jadi penulis hebat. Memang ada cita-cita ingin jadi penulis hebat, di samping dapat menyampaikan sesuatu yang bersarang dalam kepala. Kadang-kadang pernah cuba untuk menulis, tapi biasanya hangat-hangat tahi ayam. Selepas tulis satu entri, tak tulis dah entri lain... :-P Bilakah agaknya saya dapat semangat untuk menulis? Harapnya galakan tadi menjadi sedikit sebanyak penyuntik semangat. Terima kasih bagi semangat... :) Azam! Akan semakin aktif menulis. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Binaan yang hebat bermula dengan seketul bata!

Huffaz Voice - Laungan Jihad

Imej
Dilarik tembok besar China Hadir segerombolan perwira Putera puteri bersatu tenaga Menghadapi musuh yang durjana Merentasi denai dan muara Bertunjangkan azam yang membara Usaha jaya disemai di jiwa Kelak hidup kita diredhai-Nya Maruah Islam harus dibela Tatkala sinarnya meniti usia Janji Tuhan pasti terlaksana Menanti insan berdarjat mulia Laungan syahadah bergema membakar semangat jihad Berjihad membawa risalah yang amat bermakna Jalinkan ukhuwwah sesama insan dan seagama Agar syiar Islam dijulang di serata dunia Marilah bersama berganding tenaga Membasmi segala sifat yang tercela Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan Ingatlah bahawa Tuhan menjanjikan Islam pasti jaya Islam pasti jaya Islam pasti… Islam pasti… Islam pasti… Jaya

صلوات بدر العين

Imej
صلى لله على محمد صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم يا آل بيت رسول الله حبوكمو فرض من الله في القرآن أنزله يكفيكمو من عظيم الفخر أنكمو من لم يصل عليه لا صلاة له رسول الله... يا من تعزز بالدنيا وزينتها الدهر يأتي على المبني والباني فمن يكن عزه الدننيا وزينتها فعزه عن قليل زائل فان يا من تعزز بالدنيا وزينتها الدهر يأتي على المبني والباني فاعلم بأن كنوز الأرض من ذهب فاجعل كنوزك من بر وإحسان صلوا على خير العباد لتبلغوا نيل المراد صلوا على حبيبنا المصطفى

Komik: Allah Maha Hebat

Imej

Kesan Handphone Pada Otak!

Imej
Satu penyeledikan menunjukkan penggunaan telefon bimbit sebenarnya memberi kesan kepada otak manusia. Mungkin kita dah sering kali dengar tentang bahaya telefon bimbit pada manusia, bagaimanapun hari adalah sesi refresh ingatan kita..

Tips Berbelanja Cara Orang 'Kaya'

Imej
•    Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu. •    Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan. •    Jangan membawa wang yang berlebihan daripada  anggaran harga keperluan yang disenaraikan. •    Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai. •    Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir. •    Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan. •    Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai. •    Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia. •    Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses. •    Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli. •    Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan poto