Bab 1: Ta'rif Istilah-istilah Asas (Syariah dan Fiqh)
PERTAMA: SYARIAH DAN FIQH
Pengertian Syariah:
Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus
Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW).
Pengertian Fiqh:
Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya
Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci.
Keistimewaan Syariah Islamiah:
Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya:
Pengertian Syariah:
Bahasa: Tempat pergi atau jalan yang lurus
Istilah: Apa yang digariskan oleh Allah SWT dalam agama/cara hidup (perkara-perkara atau hukum-hukum yang pelbagai samada bersumberkan al-Quran atau hadith-hadith nabi SAW).
Pengertian Fiqh:
Bahasa: Pengetahuan tentang sesuatu dan kefahaman mengenainya
Istilah: Pengetahuan berkaitan hukum-hukum syar'ie praktikal (perbuatan) yang diperoleh berdasarkan dalil-dalil yang terperinci.
Keistimewaan Syariah Islamiah:
Syariah Islamiah istimewa dengan beberapa keistimewaan, antaranya:
- Dari Allah
- Prinsip-prinsipnya dan hukum-hukumnya sunyi (terpelihara) dari kecacatan, kekurangan dan pengaruh hawa nafsu.
- Syariat hadir dengan prinsip kesamaan antara semua manusia (tidak ada sesiapa di atas syariat).
- Hukum-hukumnya memiliki haibah (kehebatan) dan ihtiram (kemuliaan) dalam jiwa setiap yang beriman dengan syariat Allah.
- Balasan (pelanggaran) syariat bersifat duniawi dan ukhrawi
- Balasan duniawi: samada balasan kesalahan jenayah (spt: Hudud) atau balasan kesalahan tort (spt: Pampasan).
- Balasan ukhrawi: rentetan daripada mukhalafah (menyalahi) hukum-hukum Allah dari setiap sisi, firman Allah SWT, mafhumnya:
- "Maka sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah akan dilihatnya semula, dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah (juga) akan dilihatnya semula" (Surah Al-Zalzalah ayat 7-8)
- Umum dan kekal
- Umum untuk semua manusia pada setiap tempat dan masa.
- Kekal dan tidak ada nasakh (pindaan), perubahan dan pertukaran.
- Menyeluruh
- Meliputi semua urusan kehidupan (aqidah, akhlak dan perbuatan-perbuatan praktikal)
- Pensyariatan dari Allah yang berdiri atas wahyu.
- Pensyariatan yang umum dan menyeluruh, mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya dan hubungannya dengan manusia yang lain pada setiap masa dan tempat.
- Hukum-hukumnya tunduk kepada prinsip pengawasan dalaman yang dikendalikan (dihadirkan) oleh iman dalam diri setiap muslim - kesedaran bahawa Allah SWT akan menghisab setiap mukallaf dalam setiap perbuatannya,
- Firman Allah SWT, mafhumnya: "Iaitu pada hari lidah-lidah mereka, tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka menjadi saksi atas setiap apa yang telah mereka lakukan" [Surah An-Nur ayat 24]
- Sabda nabi SAW, mafhumnya: "(Ihsan itu) adalah kamu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, maka apabila kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat engkau"
- Roh syariat jelas terpancar ketika melaksanakan keadilan dan kesamaan antara manusia,
- Sabda nabi SAW, mafhumnya: "kalaulah Fatimah bintu Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya".
Hubungan/Perbandingan Antara Fiqh dan Syariat
Kita boleh mengenalpasti hubungan antara fiqh dan syariat berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Dari segi umum/khas
- Syariah: meliputi setiap hukum-hukum syara'
- Fiqh: meliputi hukum-hukum praktikal/perbuatan sahaja (ibadat dan muamalat)
- Dari segi pemeliharaan daripada kesalahan
- Syariah: terpelihara daripada kesalahan kerana bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah sahaja.
- Fiqh: TIDAK terpelihara daripada kesalahan kerana ianya adalah HASIL KEFAHAMAN ulama' berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith nabawi.
- Sumber
- Syariah: berdiri atas wahyu (pensyariatan daripada Tuhan), maka tiada ruang untuk dimasukkan pendapat manusia.
- Fiqh: terpecah kepada 2 pecahan:
- Bahagian yang berdiri atas wahyu, dan tidak harus khilaf padanya; kerana ianya adalah sebahagian daripada syariat seperti kewajiban solat dan keharaman zina.
- Bahagian yang berdiri atas ra'yu/pendapat peribadi manusia dan ijtihad, dan harus khilaf padanya.
Perbezaan Antara Fiqh Islam dan Undang-undang Ciptaan Manusia
Juga boleh dibezakan melalui beberapa aspek, iaitu:
- Sumber
- Fiqh: tertegak di atas wahyu, dan fiqh sentiasa merujuk kepada wahyu (Quran dan Hadith) dalam perkara-perkara kasar (jumlah) dan perkara-perkara terperinci (tafsil).
- Undang-undang manusia: direka oleh manusia (biro, individu, majlis khas, ketua, raja)
- Umum dan menyeluruh
- Fiqh: Aturan Tuhan yang melingkupi seluruh urusan kehidupan manusia hatta hubungannya dengan Tuhannya.
- Undang-undang manusia: tidak memandang kepada aturan hubungan manusia dengan Tuhannya, dan meminggirkan persoalan ibadat dan keagamaan dalam urusan sehari-hari dan pembinaan negara. Undang-undang manusia hanya fokus pada aturan hubungan manusia sesama manusia.
- Kesempurnaan dan kekurangan
- Fiqh: Sistem sempurna dan pensyariatan dari Tuhan dalam urusan kehidupan, dan sistem ini memelihara setiap hal ehwal manusia pada setiap masa dan tempat.
- Undang-undang manusia: Bersifat dengan kekurangan dan ianya berbeza-beza di setiap pecahan bumi dan iklim, sentiasa memerlukan kepada penilaian semula, semakan dan pindaan (kerana ianya adalah ciptaan manusia).
- Balasan ukhrawi
- Fiqh: terdapat padanya konsep balasan (dosa dan pahala) untuk menggalakkan umat menjunjung perintah Syara' dan mengelakkan mereka menyalahi perintah Tuhan.
- Undang-undang manusia: Tidak melibatkan balasan akhirat - hanya terdapat balasan di dunia seperti denda, pampasan dan seumpamanya.
- Pengaruh hawa nafsu dan kepentingan peribadi
- Fiqh: tidak boleh dipengaruhi oleh manusia dan dibuat gurauan kerana takutkan Allah.
- Undang-undang manusia: terdedah kepada pengaruh hawa nafsu, kepentingan peribadi dan kepentingan politik; hasilnya dihalalkan riba, arak, dsb.
Ulasan