Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam
Peratusan pelanggan bank-bank Islam yang tidak beragama Islam (non-Muslim) adalah mengatasi pelanggan Islam di Malaysia.
Fakta ini tidak hanya rumors, sebaliknya merupakan fakta rasmi yang dikeluarkan oleh ramai penganalisis.
Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak dalam satu kenyataannya dalam Forum Ekonomi Islam ke-11 berkata bahawa lebih ramai non-Muslim berbanding Muslim di Malaysia yang menjadi pelanggan kepada perbankan Islam, menjadi bukti bahawa ianya semakin diterima dan disokong secara global.
Tidakkah kita pelik mengapa non-Muslim semakin menerima kewangan dan ekonomi Islam?
Kewangan Islam mula menerima sambutan daripada non-Muslim secara drastik di peringkat global ketika berlakunya krisis kewangan global 2008.
Krisis kewangan yang berlaku ketika itu yang banyak mempengaruhi sektor pasaran bon dan perbankan memaksa para pelabur untuk mencari satu bentuk sistem ekonomi yang lebih stabil dan asli (genuine).
Dalam sistem ekonomi konvensional, spekulasi sangat mudah berlaku. Manakala dalam sistem kewangan Islam, apa-apa tindakan yang boleh membawa kepada spekulasi adalah dilarang.
Spekulasi merupakan antara faktor terbesar yang membawa kepada krisis ekonomi. Spekulasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Bahkan krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1998 juga berpunca daripada spekulasi yang dilakukan oleh George Soros.
Selain itu, sektor kewangan Islam juga membantu pelabur mengawal (mitigate) risiko yang dihadapi. Menurut pandangan Islam, risiko tidak boleh dibuang (free risk), tetapi boleh dikawal. Apabila beroperasi dengan sistem konvensional, antara risiko paling besar yang perlu dihadapi oleh pelabur dan peminjam adalah risiko kredit (credit risk). Risiko ini turut dihadapi oleh bank-bank Islam tetapi dengan menggunapakai prinsip kewangan Islam, risiko-risiko ini dapat dikawal dengan penetapan harga jualan yang tetap (fixed).
Inilah antara punca mengapa kewangan Islam begitu mendapat tempat dalam kalangan non-Muslim.
Semoga lepas ini, lebih ramai Muslim berpindah ke bank-bank Islam.
WIEF menjadi platform menghimpunkan negara-negara Islam bagi membincangkan isu-isu ekonomi. |

Ulasan