4 Tips Menaikkan Rating Website Anda

Google!

Kini Google umpama satu perpustakaan. Boleh dikatakan setiap orang yang mahu mencari apa-apa info ataupun maklumat akan bukak browser dan taip GOOGLE.COM!

Sebagai seorang pemilik website, anda pastinya mahukan website anda terpapar di atas sekali dalam hasil carian Google. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menaikkan website anda:

1. Lakukan Search Engine Optimization

    • Search Engine Optimization adalah satu teknik mengolah website supaya lebih mesra googlebot. Googlebot adalah satu robot yang direka oleh Google untuk crawl (merayap) di website-website. Googlebot ini bijak tetapi tidak cukup bijak. Website developer perlu melakukan beberapa perkara untuk membantu googlebot merayap di websitenya, supaya info yang penting tidak terlepas pandang.
    • Jika anda tidak mampu untuk laksanakan SEO ini, anda boleh sahaja gunakan khidmat pakar. Saya cadangkan anda gunakan khidmat Asrar Art Studio, antara pembangun website yang terpercaya...hihi.


    • 2. Tinggalkan link di website-website yang mempunyai ranking Google yang tinggi (backlink).

    • Tidak susah untuk mengenalpasti website-website dan blog yang mempunyai rank yang tinggi. Google sahaja "blog malaysia" sebagai contoh. Akan keluarlah senarai blog-blog femes di Malaysia.
    • Jangan tinggalkan spam. Komenlah dengan komen yang benar-benar komen...Huu. Jika tidak, spam akan dibuang oleh pemilik blog. Anda juga akan rugi.
    • Jangan lupa tinggalkan 'link' ke blog/website anda.
    • Rahsianya, website yang ada link pada website yang ada ranking yang baik akan menerima nilai rank yang lebih baik.
    • Sebagai contoh, jika bharian.com.my mempunyai pautan ke website anda, website anda akan naik rank secara tidak langsung.

    • 3. Minta bantuan (berbayar semestinya) mana-mana blogger untuk buat review berkaitan produk anda, jika anda adalah seorang peniaga.

    • Teknik ini sama dengan teknik kedua tadi. Jangan lupa untuk minta blogger tersebut buatkan pautan/link ke website anda.
    • Servis ini semestinya berbayar. Kecualilah anda merupakan kenalan rapat blogger tersebut.
    • Di alam maya, blogger ada kuasa tersendiri! Jangan pandang rendah pada blogger. Huhu

    • 4. Buat keyword/label/tags.

    • Keyword ini menjadi kata kunci untuk google menemukan website/blog anda dalam enjin cariannya. Tidak semua perkataan dalam post anda itu penting, maka anda harus membantu Google mengenalpasti perkataan-perkataan yang penting!
    • Jangan terlalu banyak keyword. Terlalu banyak keyword akan menyebabkan hasil carian di website/blog anda dipandang tidak releven, lantas menjatuhkan rating/ranking website anda.
Cukuplah 4 tips ini dahulu saya kongsikan. Masih banyak tips untuk dikongsi. Jangan lupa follow blog saya untuk dapatkan tips internet marketing lagi di masa hadapan. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam