Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belajar

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

Imej
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar. Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa i

Apa Guna?

Imej
Apa guna bertilam empuk, kalau mata tidak mengantuk.  Biar baring di tepi dapur, tapi tidur nyenyak berdengkur.  Apa guna gaji banyak, kalau barang naik mendadak.  Biar saja gaji rendah, tapi barang harganya murah.  Apa guna suami tampan, kalau perangai macam syaitan.  Biar rupa hodoh, tapi tidak bodoh.  Apa guna suami ada, tapi tak bagi nafkah dan tak kerja.  Biar hidup seorang, nak buat apa tak siapa yang larang.  Apa guna isteri cantik, kalau akal tidak cerdik.  Biar rupa tidak menawan, tapi baik hati di dalam.  Apa guna banyak isteri, makan pakai urus sendiri.  Biar isteri seorang saja, makan pakai sudah tersedia.  Apa guna anak ramai, kalau amanah tak tertunai.  Biar anak sedikit, tapi beriman dan cerdik.  Apa guna kenduri besar-besaran, kalau kahwin hanya sebulan.  Biar kenduri sekadar saja, tapi jodoh kekal bahagia.  Apa guna lauk banyak, kalau semua tidak enak.  Biar la

Bertuahnya Memilih Bidang Ini

Imej
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu. SESIAPA sahaja yang ALLAH inginkan kebaikan padanya, PASTI akan diberi faham akan agama. (Hadith Muttafaq 'Alaih) Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..." Kenapa ada lafaz "je"?? Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa renda

Pengambilan Baru Pelajar Malaysia UIM 1432/1433H

Imej
Alhamdulillah...Dengan berkat kesabaran semua akhirnya Pihak Universiti Islam Madinah telah mengumumkan senarai pegambilan PElajar Baru Uni. Islam Madinah sesi 2011/2012...Berikut adalah senarai nama Pelajar Baru bagi Negara Malaysia: 1 MUAMAR BIN MD ZIZIT معمر بن مد زيزيت 2 LOKMAN HAKIM BIN ABU BAKAR لقمان حكيم بن أبو بكر