Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta

Tukar Tayar Baru MyVi SXi

Imej
Fuhh, tayar sudah mahu kena tukar. Tayar belakang sudah kembang-kembang bengkak-bengkak. Bahana hari-hari jalan ikut jalan lori, tayar keretaku mahu ditukar. Kena tukar juga kalau tak malang yang menimpa. Ingat! Malang tak berbau. Ada sejenis malang sahaja yang berbau iaitu...?? Hehe. Ok, kali ni tukar tayar depan sahaja sebab tayar belakang masih boleh guna, walaupun hakikatnya teruk juga. Tapi dah kekeringan wang, apa boleh buat. Sebelum pergi tukar tayar, Google dulu kedai mana ok dan dapat review yang meyakinkan. Jadi selepas operasi Google, maka terpilihlah "Kedai Tayar Temin" di Temin, Jerantut Pahang. Kedai ini diusahakan oleh seorang lelaki Bumiputera. Bukan tak mahu ke kedai Cina, tapi orang kata: Kalau nak servis murah, pergi kedai melayu. Kalau nak barang murah, pergi kedai Cina. Ok, nampak tak hak keadilan samarata kat situ? Hehe. Saya ambil tayar saiz 14 jenama  sebab itu yang sesuai dan biasa untuk Perodua MyVi. Percuma kepala tiub. Berapa