Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Photo Gallery

Puasa 6 Sekali Dengan Qada'

Imej
BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka. Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu ‘puasa enam’. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan. Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (Riwayat Muslim) Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang mela

Sinar Perubahan

Imej
"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud. Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat. Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar. Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut. "Tolong diam semua!"  Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mul

Hikmah Puasa 6 di Bulan Syawal

Imej
“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim Mengapa dikatakan begitu? Ini kerana, orang yang melakukan 1 kebaikan akan mendapat 10 kebaikan yang semisal. Berpuasa selama 1 bulan di bulan Ramadhan bererti puasanya adalah semisal dengan puasa selama 10 bulan. Berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal pula semisal dengan 60 hari (2 bulan) berpuasa. Oleh sebab itulah, mereka yang berpuasa 1 bulan di bulan Ramadhan, kemudian berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal akan mendapat pahala puasa seperti setahun penuh. Subhanallah. “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi Seperti yang kita tahu, puasa juga adalah perisai seorang muslim dari maksiat semasa dia di dunia, dan merupakan perisainya dari api neraka di akhirat nanti. Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal; Pelengkap dari puasa Ram

Ijtima' Aidilfitri Anak Rantau

Imej
Semua Anak Muda yang pulang ke kawasan Kuala Krau di jemput hadir. Kita jalinkan ukhuwah Islamiah. Kita agendakan perubahan.... kita dengar amanat pimpinan demi meneruskan perjuangan kebangkitan anak muda!!!! Semua muslimin muslimat di jemput hadir..... Sebarkan!