Mengislah Ekonomi Dengan Ilmu Kepenggunaan
Malaysia kini dilanda krisis ekonomi dalaman yang teruk. Rata-rata rakyat merasa tertekan dengan desakan kewangan yang makin lama makin meninggi saban hari. Tidak hanya di bandar, tekanan ini turut dirasakan oleh mereka yang tinggal di kampung - tetapi pastinya orang bandar adalah golongan paling terkesan. Bagi golongan berpendapatan sederhana, kos sara hidup yang makin tinggi ini mendorong untuk mereka melakukan lebih banyak kerja sambilan. Hampir semua barang dan perkhidmatan keperluan naik harga. Ramai orang berpandangan bahawa tidak ada jalan lain bagi mengatasi masalah ini melainkan dengan menukar kerajaan sedia ada. Saya secara peribadi bersetuju bahawa kerajaan perlu ditukar untuk mengatasi masalah ini. Namun, dengan melihat kepada situasi politik semasa yang tidak berapa meyakinkan, parti pembangkang belum mampu memberi satu bayangan solusi alternatif bagi kerajaan hari ini. Hakikatnya, di sana wujud strategi lain bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang dan perkhi