Menggapai Syurga Dunia

Carilah syurga dunia. Barangsiapa mendapat syurga dunia, besar harapannya untuk mendapatkan syurga akhirat.

Benar! Di dunia lagi sudah ada syurga. Syurga ini ALLAH segerakan di dunia lagi. Dan syurga ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang mukmin.

Apakah syurga itu? Syurga itu ada dalam diri manusia. Syurga itu adalah KETENANGAN.

Ketenangan jiwa adalah impian semua manusia. Baik orang tua, muda, kaya, miskin, di desa, di kota, lelaki mahupun perempuan, semuanya inginkan ketenangan jiwa.

Kekayaan? Tidak... Tidak semua orang sukakan kekayaan, apatah lagi kemiskinan dan kepapaan. Ada orang yang tidak inginkan kekayaan pun. Contohnya Abdul Rahman bin Auf R.H. Beliau tidak inginkan kekayaan, tetapi kekayaan itu yang inginkan beliau. Beliau rasa gerun dengan kekayaan yang ada di tangannya, kerana nabi pernah memberitahu bahawa orang kaya = lama masa penghitungannya di akhirat nanti. Jarak masa antara orang kaya dan miskin adalah setengah hari akhirat. Berapa lama tu? Satu hari akhirat adalah seribu tahun dunia. Bermakna, orang miskin akan masuk syurga 500 tahun dahulu berbanding orang kaya.

Saidina Umar selalu berdoa untuk jadi orang yang miskin. Miskin BUKANNYA faqir.
Faqir ini sampai kepada peringkat meminta-minta. Nabi tidak suka jadi faqir, tetapi nabi suka pada orang miskin.

Doa nabi: اللّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِيناً، وَأَمِيْتِنَي مِسْكِيناً، وَاحْشُرْنِي فِي زُمْرَةِ الْمَسَاكِينِ


Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan MISKIN, dan matikanlah aku dalam keadaan MISKIN, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) di dalam rombongan orang-orang MISKIN


Ketenangan jiwa itu hadir apabila ALLAH wujud dalam hati kita. Hanya dengan mengingati ALLAH, jiwa akan tenang. الا بذكر الله تطمئن القلوب kata ALLAH.
Kenapa didahulukan بذكر الله sebelum تطمئن القلوب?
Kenapa جر ومجرور dahulu sebelum فعل وفاعل?
Kenapa bukannya الا تطمئن القلوب بذكر الله?

Bagi student bahasa arab, dia pastinya pernah mendengar tentang kaedah balaghah القصر. Benar? Maksudnya 'membataskan maksud'. Maksud ayat tadi adalah "HANYA dengan mengingati ALLAH hati akan tenang.". Tiada cara lain!. HANYA dengan mengingati ALLAH!

P/s : Jiwa bergelora apabila nafsu meronta-ronta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

4 Tips Menaikkan Rating Website Anda