Kisah Ahli Ibadah Yang Tertipu
Jom pelihara iman kita. Iman kita adalah tiket terakhir untuk masuk syurga. Takde iman, maka tiadalah syurga untuk kita.
Ada orang beramal banyak, solat banyak, puasa banyak, tapi iman tipis seperti kulit bawang. Orang macam ni, kalau diuji ALLAH, anytime boleh kufur samada dalam sedar atau tidak.
Antara cara menjaga iman adalah dengan menambah ilmu dan membina jaringan. Jaringan ukhuwah persaudaraan Islam dapat membantu kita memelihara iman kita.
_______________________________________
Ingat tak kisah tentang seorang ahli ibadah, yang diuji ALLAH. Suatu hari, Allah izinkan syaitan menghasut beliau. Beliau sentiasa di tikar sembahyangnya.
Ahli ibadah itu tinggal di satu kampung, dan dia masyhur dgn kebaikan dan kesolehannya. Di kampung itu juga tinggal 3 beradik - 2 abang dan 1 adik perempuan. Maka pada suatu hari, kedua-dua abang ini mahu bermusafir. Perjalanan itu mengambil masa yang panjang dan amat menyulitkan jika adik perempuannya dibawa bersama.
Maka abang yang pertama mencadangkan kepada abang yang kedua untuk meninggalkan adik perempuan mereka bersama ahli ibadah tadi. Abang yang kedua pun bersetuju. Lalu mereka pun menemui ahli ibadah itu dan menyatakan hasrat mereka.
Ahli ibadah itu bersetuju untuk menjaga adik perempuan mereka. Ahli ibadah itu jahil yg Allah dah larang laki dan perempuan duduk berdua-duaan.
Maka, bermulalah episod ujian ALLAH kepada ahli ibadah itu.
Budak perempuan itu tinggal di rumah ahli ibadah itu untuk beberapa tempoh lamanya. Dan mereka masih boleh menjaga kesucian diri mereka untuk tempoh itu.
Namun, pada suatu hari, syaitan datang menghasut ahli ibadah itu. Ahli ibadah itu dihasut untuk mendekati budak perempuan itu. Ingatkan amal ibadahnya mampu menghalangnya berbuat maksiat. Rupa-rupanya bila sahaja hadir perempuan itu ke rumahnya, solatnya sudah tidak khusyu'. Dan solat yang tidak khusyu' tidak akan mampu menghalang kita dari berbuat maksiat. Meskipun ayat quran kata: إن الصلاة تنهى عن الفهشاء والمنكر tetapi soalat yang dimaksudkan adalah solat yang khusyu'.
Apabila tiada lagi khusyu' dalam solatnya, mudahlah syaitan memainkan peranan. Dihasutnya menggoda perempuan itu secara beransur-ansur. Sebagaimana si lelaki menyimpan hasrat pada si perempuan, begitu juga sebaliknya. Mereka berdua dihasut syaitan dan kedua-duanya tergoda dengan diri yang satu lagi. Hinggakan pada satu saat, mereka telah melakukan sesuatu yang sangat hina di pandangan Allah iaitu ZINA! Ahli ibadah telah melakukan kesalahannya yang pertama iaitu zina.
Kerana malu kepada masyarakat, ahli ibadah itu cuba menyembunyikan perbuatannya. Dia berharap perempuan itu tidak membocorkan rahsia mereka. Perempuan itu bersetuju.
Namun, ALLAH dah menetapkan segalanya, wanita itu termengandung rupa-rupanya. Akibat takut, perempuan itu melaporkan kepada ahli ibadah itu. Ahli ibadah itu berasa risau lalu memaksanya menggugurkan bayi kandungan itu. Tetapi perempuan itu enggan. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dan ahli ibadah itu telah terbunuh perempuan itu tanpa sengaja.
Selepas itu, ahli ibadah itu pun menanam mayat perempuan itu di hutan belakang rumahnya. Kini ahli ibadah telah lakukan kesalahan keduanya iaitu membunuh.
Kedua abang-abang budak perempuan itu telah tamat urusan mereka di negara luar, dan mereka pun pulang ke kampung halaman mereka.
Alangkah terkejutnya abang-abang mereka kerana adik perempuannya sudah mati. Ahli ibadah memberitahu bahawa adiknya mati kerana penyakit. Abang-abangnya pun redha dengan takdir adiknya. Kini ahli ibadah melakukan dosanya yg ketiga iaitu menipu.
______________________
Namun, kisah ini tidak tamat di sini. Syaitan tidak akan berpuas hati begitu sahaja. Syaitan
pun menjelmakan diri sebagai seorang lelaki dan menyamar sebagai salah seorang penduduk kampung.
Penduduk kampung (yang disamarkan) itu pun menemui abang-abang budak perempuan tadi dan menceritakan punca sebenar kematian adik perempuan mereka. Tahulah kedua-dua abang tadi tentang nasib adik perempuan mereka.
Mereka berdua berasa marah. Mereka pun bergegas menemui ahli ibadah itu dan terus bertanya kepadanya. Ahli ibadah itu tetap lagi menipu. Lumrah orang menipu, berterusan menipu, akhirnya membelit diri. Setelah didesak dan terdesak, akhirnya ahli ibadah itu mengakui kesahihan cerita penduduk kampung tadi.
Maka, kedua-dua abangnya itu ingin membawa ahli ibadah itu ke muka pengadilan. Perkara itu pun dibawa kepada penguasa. Maka ahlli ibadah itu dibuktikan bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh. Ahli ibadah itu dipenjara sementara menantikan hari pelaksanaan hukuman.
Ketika ingin dalam penjara, syaitan menjelmakan diri lagi sekali tetapi sebagai seorang pegawai penjara. Syaitan pun menemui ahli ibadah itu dan berkata: "Aku boleh tolong bebaskan engkau, tetapi dengan syarat. Syaratnya adalah engkau mengaku bahawa aku ini TUHAN engkau."
Ahli ibadah itu enggan. Syaitan mengulang ayat itu setiap hari, berkali-kali, sambil diselangi dengan kisah-kisah menakutkan tentang cara mati penghuni penjara. Ahli ibadah itu tetap sahaja enggan. Ahli ibadah rasa dia mampu melepaskan dirinya.
Namun, pabila tiba hari hukuman, ahli ibadah itu berasa takut, dan dia merasakan dia sudah tidak boleh melepaskan dirinya.
Tatkala ingin dilaksanakan hukuman, ahli ibadah itu pun melafazkan kalimah kufur ketika bertembung dgn syaitan tadi. Ahli ibadah itu berkata: "Aku akui engkau tuhan aku, tolong lepaskan aku!"
Lantas, apabila pelaksana hukuman telah bersedia, syaitan pula berkata: "Aku berlepas diri dari engkau, engkau akan bersama denganku di neraka kelak". Akhirnya, matilah ahli ibadah itu dalam keadaan mensyirikkan Allah.
____________
Pengajaran:

- Kita tidak dapat masuk syurga dgn amal ibadah sahaja. Golongan yang layak untuk syurga ALLAH adalah mereka yang beriman DAN beramal. Dua syarat tiket ke syurga.
- Masuk syurga juga adalah dengan rahmat ALLAH, bukannya kerana banyaknya amalan. Amalan kita tidak akan mampu membayar segala hutang kita kepada ALLAH. Tetapi yang culas dalam membayar hutang ALLAH atau tidak membayar langsung, mereka ini memang layaklah ke neraka-Nya. Allah kurniakan kita macam2, maka wajib kita bayar dgn beramal padanya.
- Peliharalah iman dengan menambahkan ilmu dan bersosial. Sosial di sini bukanlah ke disko atau kelab malam, tetapi berkawan dengan orang lain, para alim ulama' dan orang-orang soleh.
- BELAJARLAH DARI SYAITAN. SYAITAN TIDAK PERNAH PUTUS ASA. Tetapi usahanya dalam perkara mungkar, kita ubahlah kepada "tidak putus asa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan".
- Peliharalah iman dgn membina jaringan. Jaringan iman jaringan ukhuwwah islamiyyah.
- Ahli ibadah pun boleh ditipu syaitan.
Kisah ini mungkin tak tepat 100%, tetapi jalan cerita lebih kurang. Dikisahkan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Ahmed bin Abdel Jawwed bin Adam bin Mohamed.
Ulasan