Cara Cepat Siapkan Tugasan Pejabat (Dokumen)

Mahasiswa memang tak boleh berpisah daripada tugasan assignment. Manakala bagi student tahun akhir, thesis adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dielakkan (kecuali bagi beberapa kos).

Tidak dinafikan, wujud (bahkan ramai) mahasiswa yang buat kerja assignment hanya dengan salin daripada laman web, tanpa difahami apa yang ditampal dalam assignment. Ingatlah sahabat-sahabat bahawa kelakuan itu adalah terkeji.

Walaubagaimana hebat dan kerap sekali pun seseorang mahasiswa itu copy and paste, masih ramai yang tidak pandai menggunakan teknik yang cepat yang dicipta oleh pencipta komputer iaitu teknik shortcut.:D



Saya kongsikan di sini bukan untuk menggalakkan anda plagiat dalam menyiapkan assignment, tetapi supaya anda boleh manfaatkan kemahiran ini kelak. Ingat, kemahiran literasi komputer merupakan kemahiran yang diperlukan oleh majikan zaman sekarang!

Antara shortcut yang biasa dan wajib dihafal:

  • Ctrl + A = Select All
  • Ctrl + B = Bold (tulisan tebal)
  • Ctrl + C = Copy (salin)
  • Ctrl + E = Align center
  • Ctrl + F = Find
  • Ctrl + H = Replace
  • Ctrl + I = Italic (tulisan senget)
  • Ctrl + M = New Slide (dalam PowerPoint)
  • Ctrl + N = New Document/New Presentation/New Book
  • Ctrl + O = Open File...
  • Ctrl + P = Print
  • Ctrl + R = Align Right
  • Ctrl + S = Save
  • Ctrl + U = Underline (tulisan bergaris)
  • Ctrl + V = Paste (tampal)
  • Ctrl + X = Cut
  • Ctrl + Z = Undo
Ingatlah shortcut-shortcut ini. Insya-Allah anda akan rasakan perubahan kadar efisien anda membuat kerja-kerja pejabat nanti.

Yang penting amalkan! Amalan akan membantu anda menghafal. Dan itu yang lebih penting sebenarnya kan...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

4 Tips Menaikkan Rating Website Anda