Bertuahnya Memilih Bidang Ini
Saya rasa sangat bertuah sambung belajar dalam Bidang Pengajian Islam. Saya rasa inilah nikmat yang ALLAH kurniakan kepada saya. Tidak pernah saya menyesal saya memilih bidang ini. Biarpun kadang-kadang saya cemburu dengan mereka yang di pengajian lain, tetapi rasa megah dengan bidang pengajian saya telah memadamkan rasa cemburu itu.
Ada orang tidak rasa hebat dan 'izzah dengan bidang pengajiannya. Terasa tersisih kerana belajar bidang agama sedangkan para doktor, jurutera, arkitek, pilot, dan sebagainya diangkat-angkat. Kadang-kadang apabila ditanya "Kamu belajar apa?", akan dijawab "Belajar agama je..."
Kenapa ada lafaz "je"??
Tidak sedarkah kita bahawa mereka yang belajar di bidang-bidang lain itu berasa cemburu dengan bidang kita? Mereka kata kita sangat bertuah. Mereka kata kita sangat beruntung. Tapi kita? Rasa rendah hati sebab belajar agama? Rasa hina sebab belajar Al-Quran?
Ingatlah, siapa pun orang itu - baik CEO, doktor, profesor, perdana menteri, jurutera, kameraman, agung, kontraktor kelas A, astronaut, serta khalifah sekali pun - kalau kerja cemerlang tetapi hati bukan hati 'manusia', tiada guna. Dia akan dibenci orang. Dan sedarlah tugas untuk mendidik 'manusia' menjadi manusia adalah tugas para ustaz.
Kerja doktor menjaga KESIHATAN JASMANI, kerja ustaz-ustaz menjaga KESIHATAN ROHANI DAN EMOSI.
Kerja jurutera membina BANGUNAN. Kerja ustaz-ustaz membina IMAN.
Masing-masing saling memerlukan.
Adakah belajar agama, otak kita tidak berkembang? Tidak. Sebagaimana berkembangnya sains, berkembang juga Islam. Sebab setiap perkara ada hukumnya. Menggunakan facebook ada hukumnya, melakukan bayi tabung uji ada hukumnya, mengklon ada hukumnya.
Selain 'apa hukumnya', kita juga memikirkan 'bagaimana bentuknya'. Bagaimana solat di angkasa, bagaimana mencari kiblat di angkasa, bagaimana membeli kereta dengan bantuan bank yang dihalalkan dan sebagainya.
Mereka ada pakar, kita juga ada pakar. Bukan mudah ingin menjadi sehebat Prof Yusuf Al-Qardhawi, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Ustaz Azhar Idrus, Prof Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Sheikh Nurudin dan lain-lain (sekadar sebut beberapa nama sebagai contoh).
Bertuahnya memilih bidang ini.
Orang awam belajar 'AQIDAH - APA makna wujud, qidam, baqa', dan sebagainya. Tapi kita belajar USULUDDIN - KENAPA Allah wajib bersifat wujud, qidam, baqa', dsb.
Orang awam belajar FEQAH- mereka tahu APA yang tuhan suruh dan APA tuhan larang. Tapi kita bukan sekadar itu. Kita belajar QAWAID FIQHIYYAH - kita dapat tahu KENAPA tuhan suruh dan KENAPA tuhan larang.
Orang awam belajar TAJWID - bagaimana nak baca perkataan ini, di mana nak dengung, di mana nak mad. Tapi kita belajar QIRAAT - kenapa kena dengung, kenapa kena mad, kenapa 2 harakah, kenapa 4 harakat, kenapa 6 harakat mengikut pendapat imam-imam qiroat.
Orang awam belajar HADITH - hadith sohih kena ikut, hadith dhaif tak boleh buat hujah, hadith maudhu' hukumnya batil. Tapi kita belajar USUL HADITH - kenapa hadith ini dhaif, kalau perawinya sekian orang apa hukum hadith itu, kalau hadith itu terputus sanad bagaimana hukumnya, dsb.
Orang awam belajar TAFSIR - apa maksud tersirat ayat ini. Kita belajar USUL TAFSIR - bagaimana boleh dita'wilkan ayat itu, kenapa tasirannya begini, kenapa ayat ini ayat perintah sunat bukannya wajib dan sebagainya.
Pendek kata, ORANG AWAM BELAJAR 'HASIL KAJIAN', tetpi KITA BELAJAR 'PROSEDUR KAJIAN'.
Biar di mana pun kita belajar, biar apa pun bidang pengajian kita, kenalah kita berasa 'izzah. 'Izzah bukannya sombong, bukan takabbur, bukan riya', tetapi RASA KEMULIAAN SERTA KETINGGIAN MARTABAT bidang ini.
Janganlah rasa rendah hati memilih bidang agama.
SESIAPA sahaja yang ALLAH inginkan kebaikan padanya, PASTI akan diberi faham akan agama. (Hadith Muttafaq 'Alaih) |

Berkata Umar Al-Khattab: KAMI adalah satu kaum yang dimuliakan ALLAH dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan dengan yang lainnya, ketika itu ALLAH telah menghinakan kami. |
Ulasan