Sembelihan Cara Islam - Kenapa Industri Halal Mendapat Sambutan Daripada Non-Muslim?

"Saya mohon Dr mengutarakan kelebihan sembelihan cara Islam sempena ibadah qurban yang baru kita jalani beberapa hari lepas, kerana hari ini kita dapat lihat industri halal semakin mendapat sambutan dari non-Muslim. Apa hebatnya sembelihan cara Islam?" soal saya kepada Dr. Danial Zainal Abidin pada sesi soal jawab dalam program Dirayah Al-Quran II di Maahad Tahfiz Negeri Pahang kelmarin.


_________________________________________________






Pernahkah anda saksikan lembu, kerbau, unta atau kambing disembelih? Alhamdulillah saya pernah saksikan sendiri beberapa kali, dan insya-ALLAH jika ALLAH izinkan saya memasang azam untuk menyembelih sendiri suatu hari nanti. Paling tidak pun seekor kambing. :)


Bilakah masanya hamba mampu lakukannya sendiri?

Rabu lepas, Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah menganjurkan program Gotong-royong Qurban Perdana 1432H. 4 ekor lembu telah ditumbangkan - cukuplah dengan bilangan pelajar yang tidak berapa ramai. Program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sembelihan.


Soalan di atas sengaja saya lontarkan ketika sesi soal jawab, memandangkan keterangan Dr. Danial dalam bukunya Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari kurang memuaskan hati saya. Saya lebih suka mendengar daripada membaca :) .



Izinkan saya berkongsi jawapan Dr. Danial yang sangat hebat (Dr Danial sering sebut "dr danial yang kerdil").




  1. Sembelihan cara Islam pernah diharamkan di Barat kerana dikatakan inhuman kepada haiwan. Lihat sahaja penyeksaan kepada haiwan hinggakan haiwan itu menggelupur. Lantas, haiwan-haiwan itu dibunuh dengan cara stunning, iaitu mengenakan genjatan elektrik kepada haiwan itu hingga pengsan. Selepas itu barulah haiwan itu disembelih. Cara ini mendapat tentangan hebat dari Muslim di Barat.
  2. Lalu, satu kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar dari negara asal Mesut Ozil, iaitu Jerman :). Pakar-pakar itu bernama Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Institut Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman.
  3. Kajian dijalankan dengan mengesan kadar denyutan jantung (dibaca menggunakan electrocardiogram (ECG)) dan keadaan otak (dibaca menggunakan electroencephalograph (EEG)) haiwan yang disembelih.
  4. Laporan menunjukkan bahawa kaedah stunning yang digunakan oleh barat tidak mengurangkan bacaan meter berbanding sembelihan cara Islam. Cara Islam dikesan lebih menenangkan haiwan sembelihan.
  5. Ketika ujian sembelihan cara Islam, 3 saat pertama sembelihan, graf  electroencephalograph tidak menunjukkan sebarang perubahan sebagaimana sebelum disembelih, seolah-olah tiada rasa sakit dirasai oleh haiwan sembelihan.
  6. Ketika 3 saat kedua, graf  electroencephalograph menunjukkan bacaan seolah-olah sedang tidur atau tidak sedarkan diri. Ketika inilah darah mengalir dengan banyaknya.
  7. Selepas itu, graf  electroencephalograph menunjukkan bacaan sifar, menunjukkan deria sakit sudah tiada; atau lebih tepat roh telah berpisah dari badan @ terpisah jiwa dari raga. :)
  8. Namun ketika itu, jantung masih lagi mengepam. Hal ini digambarkan oleh  electrocardiogram. Ini membolehkan darah terus dipam keluar dari tubuh mangsa meskipun sudah tidak bernyawa. Mengapa jantung masih boleh mengepam? Saya akan cuba berkongsi sebentar lagi, dalam penerangan secara teknikal.


ASPEK TEKNIKAL

  1. Lihatlah cara sembelihan yang betul sebagaimana ajaran Islam. Islam mengajar sembelihan yang betul adalah memotong 2 urat di tengkuk iaitu urat halqum (saluran pernafasan) dan urat marih (saluran makanan).
  2. Tetapi leher itu tidaklah dipotong habis, bagi memastikan urat saraf tidak putus.
  3. Apabila urat halqum dan urat marih telah dipotong, haiwan itu boleh mati kerana ia tidak boleh bernafas. Darah tidak sampai ke otak, maka otak jadi mati. Deria rasa jadi mati. Haiwan sembelihan tidak rasa sakitnya lagi.
  4. Urat saraf tunjang tidak dipotong, maka jantung terus mengepam. Lalu, darah terus dipam keluar. Darah yang keluar dengan banyak menjadikan daging sembelihan bersih daripada kuman (baca virus). Kuman sangat suka dengan darah.
Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Sebarang kesalahan saya mohon maaf. Saya mohon jika ada pembaca yang dari bidang kedoktoran untuk membetulkan sebarang kesalahan yang dikesan. :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Neo-Sekularism Yang Tidak Disedari

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam

4 Tips Menaikkan Rating Website Anda