Dahsyatnya Qiamullail: Tips Bangun Malam
Saya sekarang sedang menyiapkan tesis bagi mendapat sijil Diploma. Tajuknya adalah berkaitan keperibadian pendakwah. Antara sifat pendakwah adalah rajin bangun malam. Untuk itu, saya ingin mengajak semua rakan dakwah untuk melazimi diri dengan ibadah ini. Memandangkan ianya adalah satu perkara yang berat, maka saya ingin berkongsi tips-tips bangun malam untuk beribadah. Tips-tips ini mengambil kira aspek persediaan jasmani dan rohani: ________________________ Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah ini: 1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri. 2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemput