Fenomena Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus. Sesiapa yang tak kenal nama ni, maknanya dia bukan kaki kuliah atau paling koman pun boleh kata dia tu tak tahu perkembangan semasa.

Ustaz Azhar Idrus ni saya kenal waktu semester 1, waktu tu belum menjadi fenomena lagi. Ketika itu, Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI terkenal di sekitar Terengganu dan Kuantan sahaja. Saya belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang terletak di Kuantan.

Kuliah rakaman pertama beliau yang saya tonton diadakan di Balok. Video tu senior saya yang pasang. Dia berkesempatan hadir kuliah UAI beberapa kali sebelum itu.

Rasa kagum dengan UAI ini sejak kuliah pertama beliau, beliau sangat santai dan penjelasannya difahami. Kuliah beliau memuaskan hati hampir semua golongan samada ahli ilmu atau orang awam, orang tua atau muda, lelaki atau perempuan. Kadang-kadang UAI menyelitkan lawak2 bersahaja.

Ramai yang menyangka bahawa UAI ini lepasan pondok, rupanya sangkaan itu meleset. Saya pernah tonton video sejarah hidup UAI. UAI pernah mengajar benda lagho katanya dalam video ini. Apa bendanya tidak pula diberitahu, tapi saya pernah terbaca yang beliau mengajar muzik. Waktu itu 1985. Hinggalah 1990 beliau menjadi guru muzik. Selepas 1990, UAI mula mendalami ilmu agama secara talaqqi dengan lebih kurang 8 orang tok guru sekitar Terengganu selama 12 tahun.




Maknanya Ustaz Azhar pernah duduk zaman lagho. Maka, beliau tahu cara mana menyentuh hati orang awam. Ustaz Azhar juga seorang pelajar yang rajin. Beliau pernah bercerita yang beliau mendalami lebih kurang 10 kitab sehari. Beliau akan pastikan beliau tidur ketika membaca kitab.

Ilmu UAI merentasi bidang agama sahaja. Beliau juga tahu teknologi, sains, muzik dll meskipun dalam kerangka umum. Beliau juga meminati seni fotografi. Bahkan beliau mengepalai satu grup fotografer, STUDIO MUKMIN. Gambar-gambar yang dihasilkan juga sangat profesional. Untuk kenali UAI lebih lanjut, boleh lawat fb beliau. UAI mengendalikan laman fb-nya sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam